MOHONLAH PINJAMAN PERUMAHAN ANDA SEKARANG, KENAPA PERLU MENYEWA, SEKIRANYA ANDA LAYAK MEMILIKI KEDIAMAN DI ATAS TANAH SENDIRI, IKUTI KAEDAH SEPERTI YANG DITERANGKAN DIBAWAH. ATAU HUBUNGI KAMI UNTUK TEMUJANJI, KAMI BERSEDIA MENERANGKAN PAKEJ INI SECARA TERPERINCI TANPA SEBARANG KOS, TAHUKAH ANDA BAHAWA KESEMUANYA INI DIURUSKAN SECARA PERCUMA TANPA MENGELUARKAN SATU SEN PUN ......APA TUNGGU LAGI... EMAIL-KAN ALAMAT ANDA UNTUK TEMUJANJI

Saturday 29 December 2007

SYARAT-SYARAT ASAS PINJAMAN PERUMAHAN

SYARAT-SYARAT ASAS PINJAMAN PERUMAHAN
1. Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
2. Warganegara Malaysia
3. Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
4. Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
5. Telah disahkan dalam jawatan
6. Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib

*Untuk keterangan kelayakan atau syarat memohon pinjaman dengan lebih terperinci hubungi kami atau email pada alamat tertera.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN BAGI PEMBELIAN HARTA KEDUA


Melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2005 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2006, semua Anggota Kerajaan yang telah selesai hutang pinjaman pertama adalah dibenarkan membuat permohonan pinjaman perumahan untuk membeli harta kedua bagi semua jenis Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (Jenis I, II, III, IV dan V ) tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :
(i)
Kelayakan pinjaman harta kedua adalah seperti berikut:-

(a) Pegawai bertaraf jawatan tetap dan berpencen

Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama dan tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% dari anggaran pencen yang akan diterima.

Bagi menentukan kelayakan pinjaman berdasarkan ansuran bayaran balik tidak melebihi 50% dari pencen, kaedah pengiraan pencen adalah seperti berikut :-
1 _ X Gaji pokok semasa X 300 bulan. 600

(b) Pegawai bertaraf jawatan tetap dan mencarum kepada KWSP.

Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama.
(ii) Bayaran Wang Proses adalah RM 2.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang hampir ( RM 500 dan ke atas dikenakan tambahan RM 2.00 )
(iii) Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 20 tahun bagi peminjam yang berpencen. Bagi peminjam yang mencarum kepada KWSP pula tempoh bayaran balik adalah terhad kepada umur persaraan wajib.
(iv) Bagi pinjaman jenis IV ( Pembelian tanah untuk tujuan mendirikan rumah di atasnya ) kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 10 tahun
(v) Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman.
(vi) Kadar faedah Bayaran Balik Pinjaman adalah 4% setahun.
(vii) Permohonan hendaklah sampai ke BPP tidak lewat dari 6 bulan sebelum tarikh persaraan bagi peminjam yang berpencen sahaja.
(viii) Borang setuju terima pinjaman hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan kepada BPP dalam tempuh (3) bulan dari tarikh surat kelulusan pinjaman dikeluarkan. Sekiranya borang tersebut tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan kelulusan pinjaman perumahan tersebut akan ditarik balik / dibatalkan secara automatik.
(ix) Syarat-syarat dan peraturan lain sepertimana yang terkandung di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil.6/95 masing-masing dan pindaan-pindaan kepada kedua-kedua nya adalah tidak berubah dan masih berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

SYARAT-SYARAT PINJAMAN BAGI PEMBELIAN HARTA KEDUA

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN BAGI PEMBELIAN HARTA KEDUA

Melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2005 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2006, semua Anggota Kerajaan yang telah selesai hutang pinjaman pertama adalah dibenarkan membuat permohonan pinjaman perumahan untuk membeli harta kedua bagi semua jenis Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (Jenis I, II, III, IV dan V ) tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :

(i) Kelayakan pinjaman harta kedua adalah seperti berikut:-
(a) Pegawai bertaraf jawatan tetap dan berpencen
Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama dan tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% dari anggaran pencen yang akan diterima

Bagi menentukan kelayakan pinjaman berdasarkan ansuran bayaran balik tidak melebihi 50% dari pencen, kaedah pengiraan pencen adalah seperti berikut :-


1 _ X Gaji pokok semasa X 300 bulan. 600

(b) Pegawai bertaraf jawatan tetap dan mencarum kepada KWSP.

Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama.

(ii) Bayaran Wang Proses adalah RM 2.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang hampir ( RM 500 dan ke atas dikenakan tambahan RM 2.00 )
(iii) Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 20 tahun bagi peminjam yang berpencen. Bagi peminjam yang mencarum kepada KWSP pula tempoh bayaran balik adalah terhad kepada umur persaraan wajib.
(iv) Bagi pinjaman jenis IV ( Pembelian tanah untuk tujuan mendirikan rumah di atasnya ) kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 10 tahun
(v) Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman.
(vi) Kadar faedah Bayaran Balik Pinjaman adalah 4% setahun.
(vii) Permohonan hendaklah sampai ke BPP tidak lewat dari 6 bulan sebelum tarikh persaraan bagi peminjam yang berpencen sahaja.
(viii) Borang setuju terima pinjaman hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan kepada BPP dalam tempuh (3) bulan dari tarikh surat kelulusan pinjaman dikeluarkan. Sekiranya borang tersebut tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan kelulusan pinjaman perumahan tersebut akan ditarik balik / dibatalkan secara automatik.
(ix) Syarat-syarat dan peraturan lain sepertimana yang terkandung di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil.6/95 masing-masing dan pindaan-pindaan kepada kedua-kedua nya adalah tidak berubah dan masih berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

SYARAT-SYARAT PINJAMAN BAGI KERJA UBAHSUAI RUMAH

SYARAT-SYARAT PINJAMAN PEMBIAYAAN BAGI KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH

(i) Permohonan membuat pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan bagi harta yang telah dibeli melalui pinjaman / pembiayaan perumahan perbendaharaan sahaja.
(ii) Permohonan hanya boleh dibuat selepas 5 tahun dari tarikh surat kelulusan bagi pinjaman / pembiayaan Jenis 1 dan Jenis V ATAU 5 tahun dari tarikh pengeluaran bayaran 95% / 100% dikeluarkan bagi pinjaman / pembiayaan Jenis II dan Jenis III.
(iii) Pemohon atau ‘spouse‘ ( bagi pinjaman / pembiayaan bersama ) yang masih mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman / pembiayaan tidak layak dipertimbangkan.
(iv) Permohonan pinjaman / pembiayaan bagi kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan sekali sahaja.
(v) Amaun pinjaman / pembiayaan adalah perbezaan di antara kelayakan semasa (mengikut gaji hakiki) dengan amaun yang telah diambil atas pembelian harta terdahulu, tidak termasuk Perlindungan Takaful / Insurans Gadaijanji dan Pemilik Rumah.
(vi) Bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan berpencen, tempoh maksima bayaran beliau adalah tidak lebih dari 25 tahun.
(vii) Bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan mencarum KWSP, tempoh maksima bayaran balik adalah baki tempoh berkhidmat sebelum tarikh umur persaraan wajib.
(viii) Pemohon hendaklah melantik Pemegang Pertaruhan dengan mengemukakan Akujanji Pemegang Pertaruhan seperti Format Borang 4A/2000 ( Kes Assignment) atau 4B/2000 ( Kes Gadaian ).
(ix) Pemohon hendaklah mengemukakan Laporan Penilaian kepada Pejabat Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan di mana harta berada mengikut Format Borang 1/2000.
(x) Jika Hakmilik telah dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan selain daripada Kerajaan Malaysia sebagai Pemegang Gadaian kedua, pemohon perlu mendapat surat pengesahan daripada Institusi Kewangan berkenaan terlebih dahulu yang bersetuju untuk menangguhkan gadaian bagi membolehkan Kerajaan Malaysia didaftarkan sebagai Pemegang Gadaian Kedua dan institusi kewangan berkenaan sebagai Pemegang Gadaian Ketiga.
(xi) Bagi Kes Assignment, jika Hakmilik Individu / Strata telah dikeluarkan, pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah hanya boleh dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada nama peminjam / penerima biaya dan digadaikan kepada Kerajaan Malaysia.
(xii) Bagi kes bayaran balik pinjaman / pembiayaan perumahan yang sedia ada yang belum lagi diselesaikan sepenuhnya, skim pinjaman / pembiayaan sama ada SPPP atau SPPPI hendaklah mengikut skim pinjaman / pembiayaan yang sedia ada.
(xiii) Kerja-kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman / pembiayaan dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.
(xiv) Permohonan ubahsuai rumah bagi pembiayaan bersama (SPPI), hendaklah dipohon secara bersama oleh suami isteri.
(xv) Permohonan hendaklah sampai ke Bahagian Pinjaman Perbendaharaan ( BPP) tidak lewat dari enam (6) bulan sebelum tarikh bersara bagi pemohon yang memiliki skim jawatan tetap dan berpencen.
(xvi) Tawaran pinjaman / pembiayaan hanya berkuatkuasa selepas peminjam / penerima biaya menyempurnakan Borang Setuju Terima Pinjaman / Pembiayaan (Lampiran E) dan dikembalikan kepada BPP
(xvii) Pinjaman kerja-kerja ubahsuai tidak dibenarkan untuk pembelian ataupun pembinaan aksesori rumah.
4. Jenis-Jenis Pinjaman /Pembiayaan
5. Kelayakan Pinjaman/Pembiayaan

Sila pastikan bahawa
AMAUN KELAYAKAN pinjaman/pembiayaan adalah berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA permohonan

Sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan
SPPP bil 6/1995 @ SPPPI bil.10/1994

Amaun pinjaman/pembiayaan yang ditawarkan adalah berdasarkan pada amaun terendah diantara kelayakan/harga rumah/bakihutang bank @ laporan penilaian.

KELAYAKAN PINJAMAN / PEMBIAYAAN

  • KELAYAKAN PINJAMAN / PEMBIAYAAN

    Sila pastikan bahawa
    AMAUN KELAYAKAN pinjaman/pembiayaan adalah berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA permohonan

    Sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan
    SPPP bil 6/1995 @ SPPPI bil.10/1994

    Amaun pinjaman/pembiayaan yang ditawarkan adalah berdasarkan pada amaun terendah diantara kelayakan/harga rumah/bakihutang bank @ laporan penilaian.
  • Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun kelayakan pinjaman perumahan adalah dipinda seperti berikut:-

Tarikh Berkuatkuasa Mulai September 2006

CONTOH-CONTOH BANGLO



Inginkan contoh-contoh rumah banglo untuk rujukan bagi kediaman baru anda.

SMS dan taip seperti berikut :
CONTOH BANGLO{space}NAMA ANDA{space}EMAIL ANDA kepada 0126723977
Ianya bakal memberi anda ide-ide untuk kediaman baru anda nanti.


Dapatkan keterangan pakej pinjaman perumahan untuk kakitangan awam
dan swasta secara percuma.
SOALAN LAZIM


KELAYAKAN PERMOHONAN PINJAMAN
Soalan:
Adakah saya layak untuk memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan jika telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun tetapi belum disahkan dalam jawatan ATAU jika telah disahkan dalam jawatan tetapi belum mendapat surat pengesahan secara rasmi?
Jawapan:
Tidak layak memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan kecuali setelah mendapat surat pengesahan jawatan secara rasmi dari SPA atau SPP.
Soalan:
Apakah perbezaan diantara skim pinjaman perumahan SPPP dengan SPPI.
Jawapan:
Skim SPPI dan SPPP hanya dibezakan melalui sistem pengurusan sahaja. Faedah-faedah yang diberikan kepada kesemua skim ini adalah sama.
a) First Party iaitu peminjam dan pemohon adalah orang yang sama
b) SPPP- First Party dan Third Party iaitu peminjam/spouse yang membeli harta dan hanya seorang sahaja memohon pinjaman.
Soalan: Bolehkah saya membeli rumah kedai ?
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa rumah kedai tersebut mempunyai ciri-ciri kediaman seperti ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur dengan menyertakan salinan pelan lantai yang lengkap daripada Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskannya bila tuan memohon pinjaman untuk membeli rumah kedai tersebut.
Soalan:
Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli petak rumah kediaman (pangsapuri) yang telah siap daripada seorang Individu jika Hakmilik Strata masih belum dikeluarkan atau jika Hakmilik Strata telah dikeluarkan tetapi nama penjual masih belum didaftarkan sebagai pemilik berdaftar di dalam hakmilik tersebut.
Jawapan: Tidak boleh.
Soalan: Bolehkah saya membeli rumah yang dimajukan oleh pemaju di atas tanah individu lain.
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan, jika pihak pemaju mendapat Power Attorney dari tuan tanah tersebut atau perjanjian jualbeli mesti melibatkan 3 pihak iaitu pemaju, tuan tanah dan pembeli.
Soalan:
Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli rumah yang sudah siap (Jenis I) atau membeli tanah (Jenis IV) daripada adik saya.
Jawapan: Tidak boleh.
Soalan:
Bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli tanah dan mendirikan rumah secara serentak.

Jawapan:
Tidak boleh memohon pinjaman secara serentak tetapi tuan boleh memohon pinjaman membeli tanah dahulu, setelah bayaran harga tanah dikeluarkan tuan boleh memohon untuk membina rumah.
Soalan: Sekiranya tanah tersebut lebih dari 2 ekar dan pengunaan tanah tersebut adalah tanah pertanian bolehkah saya memohon pinjaman bersama dengan isteri.
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan dengan syarat peguam memberi akujanji yang mana akan membuat pindahmilik ½ bahagian kepada isteri tuan dengan menyertakan salinan borang 14A yang telah sempurna sebagai bukti.
Soalan:
Sekiranya keluasan kurang dari 2.5 ekar dimana hakmilik tidak boleh didaftarkan adakah boleh saya membuat pinjaman perumahan dengan BPP.
Jawapan:
Tidak boleh kerana pihak Berkuasa Negeri tidak membenarkan pindahmilik tanah pertanian kurang dari 2 ekar.
Soalan:
Saya telah membeli sebidang tanah melalui pinjaman perumahan SPPP, Jenis IV. Bolehkan saya:
a) Membina rumah dengan menggunakan pembiayaan Islam (SPPI).
b) Membina rumah secara pinjaman bersama dengan isteri.
c) Membina rumah di atas tanah lain kepunyaan saya.
d) Isteri saya seorang membina rumah di atas tanah tersebut.
e) Memohon pinjaman perumahan kali kedua bagi membeli harta baru.
Jawapan
a) Tidak boleh kecuali baki hutang pinjaman tanah telah dijelaskan sepenuhnya
b) Boleh dibenarkan dengan syarat isteri adalah pemilik bersama harta
c) Tidak boleh.
d) Tidak boleh melainkan membuat pinjaman bina rumah secara bersama.
e) Boleh dibenarkan dengan syarat baki hutang pinjaman tanah telah dijelaskan sepenuhnya.
Soalan:
Saya telah membeli rumah teres @ pangsapuri melalui pinjaman dari bank dan sekarang berhasrat menyelesaikan baki hutang pinjaman bank saya melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan. Adakah saya layak memohon pinjaman jika:
a) Hakmilik Individu/Strata belum dikeluarkan; dan
b) Hakmilik Individu/Strata telah dikeluarkan tetapi belum dipindahmilik kepada nama saya & dicagar kepada bank.
Jawapan:
a) Layak dipertimbangkan bagi pinjamann SPPP sahaja.
b) Tidak layak dipertimbangkan.

Soalan:
Saya telah membeli rumah kos rendah dalam pembinaan dari pemaju. Layakkah saya memohon untuk membuat kerja-kerja tambahan.

Jawapan:
Layak memohon Amaun yang dipertimbangkan sebanyak RM 10,000 sahaja tertakluk kepada kelayakan pinjaman keseluruhan.
Soalan:
Saya telah membeli rumah teres/pangsapuri yang tiada Hakmilik Induk melalui pinjaman bank dan sekarang berhasrat menyelesaikan baki hutang pinjaman bank saya melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan. Adakah saya layak memohon.
Jawapan:
Tidak layak dipertimbangkan kerana hartanah tersebut tiada Hakmilik Induk.

UBAHSUAI RUMAH
Soalan:
Saya telah membeli sebuah rumah separuh kekal dengan menggunakan kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan lebih kurang 10 tahun yang lalu. Saya bercadang ingin merobohkan rumah tersebut kerana telah usang. Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan kali kedua bagi kerja-kerja ubahsuai rumah untuk membina semula rumah tersebut.

Jawapan:
Tidak layak dipertimbangkan untuk menggunakan kemudahan pinjaman perumahan membuat kerja-kerja ubahsuai rumah bagi membina semula rumah.
Soalan:
Saya ingin membeli sebuah rumah yang telah uzur dan memerlukan ubahsuai daripada seorang Individu. Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli rumah tersebut beserta dengan membuat kerja-kerja ubahsuai rumah.

Jawapan:
Tidak dibenarkan. Peraturan yang diamalkan sekarang pinjaman membuat kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan selepas lima (5) tahun harta yang dibeli dengan pinjaman Kerajaan itu diduduki.
Soalan:
Saya dan keluarga tinggal di rumah yang dibeli oleh suami melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan. Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan untuk membuat kerja-kerja ubahsuai rumah tersebut. Hakmilik atas nama kami suami & isteri.

Jawapan: Tidak boleh.
Soalan:
Apakah perkara-perkara yang membuatkan seseorang itu tidak layak memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah.

Jawapan:
a) Belum cukup 5 tahun dari tarikh rumah yang dibeli itu diduduki.
b) Rumah yang akan diubahsuai bukan dibeli dengan pinjaman perumahan Perbendaharaan
c) Kerja-kerja ubahsuai rumah telah siap sebelum pinjaman diluluskan.
d) Terdapat tunggakan bayaran balik pinjaman.
e) Ubahsuai rumah oleh peminjam yang tiada nama di dalam hakmilik (dahulu diberi kelonggaran syarat untuk pinjaman bina rumah atas nama ‘spouse’).
Soalan:
Saya telah membeli sebuah rumah dengan menggunakan pinjaman dari bank. Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membuat ubahsuai rumah tersebut
Jawapan:
Tidak layak. Hanya dibenarkan untuk membuat kerja-kerja ubahsuai rumah yang telah diluluskan pinjaman perumahan Perbendaharaan sahaja.
Soalan:
Saya telah membeli sebuah rumah kos rendah berharga RM30,000 sementara kelayakan saya adalah RM60,000. Bolehkah saya menggunakan kesemua baki kelayakan saya sebanyak RM30,000 untuk ubahsuai rumah tersebut.
Jawapan: Boleh.
Soalan:
Saya telah membeli sebuah rumah dengan menggunakan pinjaman dari bank. Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membuat ubahsuai rumah tersebut.
Jawapan:
Tidak layak. Hanya dibenarkan untuk membuat kerja-kerja ubahsuai rumah yang telah diluluskan pinjaman perumahan Perbendaharaan sahaja.


PINJAMAN KEDUA
Soalan:
Saya mempunyai baki kelayakan sebanyak RM200,000. Bolehkah saya membuat pinjaman perumahan kali kedua untuk membeli harta baru sebanyak RM150,000 dan baki RM50,000 lagi untuk membuat kerja-kerja ubahsuai rumah.
Jawapan:
Tidak layak. Pinjaman perumahan Perbendaharaan kali kedua hanya boleh dinikmati sekali sahaja untuk pembelian harta kedua atau kerja-kerja ubahsuai rumah.
Soalan:
Saya telah menikmati kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan kali pertama secara pinjaman bersama dengan isteri. Baki hutang pinjaman isteri saya telah pun dijelaskan sepenuhnya. Bolehkah saya membuat permohonan pinjaman bersama bagi pembelian harta kedua sedangkan hutang pinjaman pertama saya masih belum dijelaskan sepenuhya
.
Jawapan:
Tidak boleh. Pinjaman kedua hanya boleh dipohon setelah pinjaman pertama selesai.
Soalan:
Apakah syarat-syarat utama yang ditetapkan bagi melayakkan seseorang kakitangan Kerajaan memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan bagi pembelian harta kedua.
Jawapan:
a) Baki hutang pinjaman pertama selesai sepenuhnya
b) Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 25 tahun bagi peminjam yang berpencen manakala bagi pencarum KWSP adalah 20 tahun atau terhad kepada tempuh perkhidmatan sehingga persaraan wajib mengikut mana yang terdahulu.
c) Amaun kelayakan pinjaman adalah baki kelayakan semasa setelah ditolak amaun pinjaman pertama yang diambil tetapi tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% pencen (pencen berdasarkan baki semasa).
Soalan:
Saya telah mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan dan pada masa yang sama saya telah mencagarkan harta tersebut kepada bank untuk pinjaman bagi tujuan mencukupkan wang beza. Adakah saya layak mengambil pinjaman tambahan dengan menggunakan baki kelayakan bagi mengambilalih pinjaman bank tersebut.
Jawapan: Tidak layak.
Soalan:
Saya telah diluluskan pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Memandangkan keluasan tanah tersebut masih boleh digunakan untuk mendirikan sebuah rumah lagi, bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kali kedua untuk tujuan tersebut
Jawapan:
Tidak layak dipertimbangkan kerana pinjaman perumahan bagi membina rumah hanya dibenarkan untuk mendirikan sebuah rumah sahaja di atas satu lot tanah.
Soalan:
Saya telah mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan dan telah menyelesaikan kesemua baki hutang pinjaman saya. Seterusnya saya telah mencagarkan harta tersebut kepada bank untuk tujuan peribadi. Bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kali kedua untuk menebus hutang pinjaman saya dengan bank berkenaan.
Jawapan: Tidak boleh.
Soalan:
Sekiranya suami saya meletak jawatan, adakah saya layak mengambil alih pinjaman perumahan Perbendaharaan bagi menyelesaikan baki hutang pinjaman.

Jawapan:
Boleh dipertimbangkan dengan syarat suami bersetuju untuk memindahmilik harta sekurang-kurangnya sebahagian atau sepenuhnya kepada nama isteri.

Soalan:
Bolehkah saya mengambilalih pinjaman suami saya yang meletak jawatan sekiranya bayaran berperingkat belum dikeluarkan 100% atau rumah masih belum siap.
Jawapan: Tidak boleh.
Soalan:
Sekiranya suami saya memilih persaraan pilihan sendiri, adakah saya layak mengambilalih pinjaman perumahannya kerana belum menerima bayaran pencen bulanan. Tambahan pula saya belum lagi mengambil pinjaman perumahan Perbendaharaan

Jawapan:
Suami yang bersara awal boleh meneruskan bayaran balik secara tunai sehingga pencen dilakukan, puan tidak perlu ambilalih pinjaman tersebut.

Soalan:
Saya telah membeli rumah melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan . Malangnya rumah masih belum siap kerana terlibat dengan projek terbengkalai. Soalan saya:
a) Bolehkah saya membatalkan pinjaman perumahan tersebut dan memohon pinjaman perumahan yang baru bagi pembelian rumah yang lain.

Jawapan:
a) Dibenarkan batal pinjaman dan boleh dipertimbangkan untuk pinjaman membeli harta baru dengan syarat menjelaskan baki hutang pinjaman asal terlebih dahulu.
BORANG-BORANG CAGARAN (GADAIAN/PENYERAHAN HAK)
Soalan:
Bilamana Borang-borang Cagaran(Gadaian/Penyerahanhak) boleh didapatkan dan dimana?
Jawapan:
a) Borang-borang Cagaran boleh didapati oleh Pemegang pertaruhan melalui Laman Web BPPP di alamat
http:bpp.treasury.gov.my/borang_cagar.php
b) Adalah menjadi tanggungjawab Pemegang Pertaruhan untuk mendapatkan Borang Cagaran di Laman Web BPPP di alamat http://bpp.treasury.gov.my/borang_cagar.php
Soalan:
Bila Borang-borang Cagaran (Gadaian/Penyerahanhak) yang telah dilengkapkan oleh Peminjam dan Pemegang Pertaruhan diserahkan kepada Seksyen Cagaran untuk diproses?
Jawapan:
a) Borang-borang Cagaran yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan Surat Setuju Terima Pinjaman (Lampiran 'E') yang telah dilengkapkan oleh Peminjam
.
b) Pegawai Seksyen Cagaran akan menandatangani Borang Cagaran itu sebagai penerimaan gadaian/penyerahanhak dan mengembalikannya semula kepada Pemegang Pertaruhan untuk didaftarkan di Pejabat Tanah bagi kes gadaian atau Mahkamah Tinggi bagi kes Penyerahanhak.

URUSAN YANG MELIBATKAN HAKMILIK
Soalan:
Adakah Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan membenarkan Peminjam memasukkan nama orang yang dikasihi di dalam Hakmilik atas dasar kasih sayang?
Jawapan:
Selagi bayaran balik hutang pinjaman perumahan belum diselesaikan sepenuhnya, Bahagian Pinjaman Perumahan tidak akan membenarkan kemasukan nama sesiapa pun, kerana ianya melibatkan implikasi perundangan dari segi gadaian.

Soalan:
Bolehkah Peminjam memohon supaya nama yang bukan Peminjam di dalam Hakmilik yang bukan merupakan Peminjam dikeluarkan?
Jawapan:
Peminjam boleh menggugurkan nama di dalam Hakmilik dengan syarat-syarat berikut:-
i) Peminjam hendaklah melantik Peguam sebagai Pemegang Pertaruhan bagi menguruskan pengeluaran nama yang berkenaan dari hakmilik
ii) Peminjam dan orang yang namanya hendak digugurkan itu telah pun menandatangani Borang 14A dihadapan Peguam atau Pentadbir Tanah dan salinannya yang diakui sah oleh Pemegang Pertaruhan dikemukakan ke BPPP.
iii) Pemegang Pertaruhan memberi Akujanji akan menguruskan semula gadaian harta tanpa nama yang digugurkan itu.
iv) Peminjam memberi Akujanji akan menanggung kos yang terlibat; dan
v) Kelulusan BPPP adalah tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri sekiranya terdapat sekatan kepentingan didalam Hakmilik.
Soalan:
Bolehkah peminjam mendapatkan kebenaran Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan bagi memohon untuk pecah lot atau cantum lot dan meminda syarat nyata tanah seperti berikut:-
i) memasukkan rizab Melayu;
ii) dari tiada kepada bangunan atau pertanian
iii) getah kepada kelapa sawit; dan
iv) apa-apa juga syarat lain

Jawapan:
Tidak dibenarkan selagi bayaran balik hutang pinjaman perumahan belum selesai kecuali bagi kes yang telah diwartakan atau atas perintah Mahkamah.
Soalan:
Bagaimana dan dimana saya boleh mendapatkan salinan hakmilik harta yang saya beli melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan?
Jawapan:
Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan tidak membekalkan salinan hakmilik kepada peminjam. Sebaliknya Tuan hendaklah memohon kepada Pejabat Tanah Daerah dimana harta berada bagi mendapatkan salinan Hakmilik. Pejabat Tanah akan mengenakan bayaran tertentu untuk tuan mendapatkan salinan hakmilik tersebut.
Soalan:
Benarkah Management Committee boleh menghalang Hakmilik Strata yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dari dipindahmilik kepada saya dan digadai kepada Kerajaan, jika saya tidak menjelaskan tunggakan bayaran yang dituntut oleh Management Committee seperti maintenance fees?
Jawapan:
Tindakan Management Committee itu teratur. Sebab itulah BPPP sentiasa mengingatkan Peminjam-peminjam yang membeli petak kediaman, supaya segera menjelaskan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Management Committee dari masa ke semasa/setiap bulan seperti maintenance fees, Cukai tanah dan sebagainya untuk menggelakkan kesukaran pemindahan hakmilik kepada nama peminjam, apabila Hakmilik Strata dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Hanya apabila nama peminjam dipindahmilik dalam Hakmilik Strata barulah peminjam menjadi Pemilik Berdaftar dan boleh dijadikan harta pusaka di kemudian hari nanti.

URUSAN PINDAHMILIK DAN GADAIAN
Soalan:
Mengapa saya dikehendaki membayar kepada Pemegang Pertaruhan setelah hampir 10 tahun saya menduduki rumah yang saya beli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan?
Jawapan:
a) Kes ini berlaku kerana tuan telah membeli harta secara Assignment, iaitu harta belum ada hakmilik strata/berasingan pada waktu itu. Kini hakmilik strata/berasingan telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Akan tetapi ianya adalah diatas nama Pemaju sebagai Pemilik asal. Oleh kerana harta itu telah dijual kepada tuan maka adalah perlu dipindahmilik kepada nama tuan dan seterusnya menggadaikan harta tersebut kepada Kerajaan Malaysia bagi menjamin kepentingan Kerajaan yang memberi pinjaman. Untuk melaksanakan tindakan pindahmilik dan gadaian tersebut maka tuan dikehendaki menjelaskan bayaran-bayaran yang perlu seperti yang diminta oleh Pemegang Pertaruhan.
b) Urusan pindahmilik dan gadaian ini perlu disempurnakan segera bagi menjamin kepentingan tuan dan keluarga tuan agar kesahihan tuan sebagai pemilik tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan untuk mengelakkan pinjaman tuan dibatalkan oleh BPPP.

TEMPOH PENGELUARAN BAYARAN
Soalan:
Berapa lama BPPP mengambil masa untuk mengeluarkan satu-satu bayaran kemajuan?

Jawapan:
Sekiranya tuntutan itu teratur, iaitu jika Sijil Arkitek merupakan salinan fotostat, ianya telah disahkan oleh Pemaju/Arkitek/Pemegang Pertaruhan, baucer bayaran akan disediakan dalam masa 7 hari-hari bekerja oleh Seksyen Bayaran. Selepas itu baucer dihantar ke Bilik Cek Seksyen Akaun dimana cek akan dikeluarkan dalam masa 5 hari, hari bekerja.
Soalan:
Adakah bayaran dikeluarkan hanya selepas urusan gadaian disempurnakan iaitu setelah harta dipindahmilik kepada Peminjam dan digadaikan kepada Kerajaan?
Jawapan:
Bayaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan sebaik-baik sahaja Pemegang Pertaruhan mengemukakan:-
i) Nombor Perserahan daripada Pejabat Tanah/Nombor Pendaftaran daripada Mahkamah;
ii) Salinan resit bayaran Pendaftaran Pejabat Tanah/Mahkamah yang disahkan oleh Pemegang Pertaruhan sendiri.

CEK BAYARAN
Soalan: Kepada siapakah cek bayaran dikeluarkan?
Jawapan:
Mulai 10/11/1998, Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan telah menetapkan semua cek yang diatas nama Pemegang Pertaruhan akan dihantar terus kepada Pemegang Pertaruhan. Salinan baucer akan dihantar kepada Peminjam dan Pemaju.

PENGELUARAN BAYARAN KEPADA PEMINJAM YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
Soalan:
Bagaimana dengan kedudukan bayaran kemajuan jika Peminjam yang meninggal dunia sebelum 100% bayaran dikeluarkan?
Jawapan:
Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan akan menggunakan wang pampasan yang akan diterima daripada Syarikat Insurans untuk membayar tuntutan sepenuhnya daripada Pemaju. Jika terdapat baki kredit, ianya akan dibayar kepada waris yang berhak.

TUNTUTAN PAMPASAN KEBAKARAN
Soalan:
Sila terangkan bagaimana Peminjam boleh menuntut Pampasan Perlindungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai?
Jawapan:
Prosedur tuntutan dan pembayaran Pampasan Perlidungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai adalh seperti berikut:-
1) Permohonan Tuntutan
Semua peminjam yang ingin mengemukakan permohonan tuntutan Pampasan Perlindungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai hendaklah dinasihatkan supaya berhubung terus dengan Unit Takaful di Tingkat 13, Blok 8, Jalan Duta, Kuala Lumpur, No. Telefon 03-6514831 atau 03-2582944 atau Ibu Pejabat Takaful Nasional, Aras 14, Bangunan Dato' Zainal, 23, Jalan Melaka, 50100 Kuala Lumpur, No. Telefon 03-2985000 atau mana-mana cawangan Takaful Nasional Sdn. Bhd. yang berhampiran.
2) Pembayaran Pampasan Perlindungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai
i. Jika amaun Pampasan itu berjumlah lebih daripada RM5,000 dan kurang, Takaful Nasional Sdn. Bhd. akan membuat bayaran terus kepada peminjam.
ii. Jika amaun Pampasan itu berjumlah lebih daripada RM5,000:-
a) Bayaran RM5,000 pertama akan dibayar terus oleh Takaful Nasional Sdn. Bhd., kepada peminjam dan
b) Baki amaun pampasan akan dibayar oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (BPPP) kepada peminjam
c) Tuntutan hendaklah dikemukakan mengikut format di Lampiran 1 tertakluk kepada :-
- Bilangan tuntutan keseluruhannya tidak melebihi 4 kali dan
- Tuntutan 20% terakhir hendaklah disahkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
d) Pembayaran akan dibuat di atas nama peminjam.


PREMIUM PERLINDUNGAN KEDIAMAN
Soalan:
Adakah peminjam yang telah dibayar pampasan di bawah Polisi Kediaman (Houseowner), diperlukan mengambil Polisi Kediaman yang baru?.
Jawapan:
Peminjam tidak perlu mengambil Polisi Kediaman yang baru. Akan tetapi peminjam adalah dinasihatkan supaya menokok tambah nilai premium Polisi Kediaman agar amaun pampasan yang akan datang adalah setanding dengan kos baik pulih.

TUNTUTAN DI BAWAH POLISI KEDIAMAN
Soalan: Apakah dia jenis-jenis kerosakan yang boleh dituntut di bawah Polisi Kediaman?
Jawapan:
a) Pada masa ini Syarikat Insurans membenarkan tuntutan dibuat atas kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh:-
i) Kebakaran, kilat, halilintar, kebakaran bawah tanah dan banjir;
ii) Kejatuhan objek dari udara
iii) Pelanggaran kenderaan bukan oleh Pemilik Polisi terhadap pagar dan pintu
iv) Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut
v) Pencerobohan secara kekerasan dan paksaan untuk tujuan mencuri dan atau seumpamanya;
b) Tuntutan boleh juga dibuat atas kerugian sewa atau perbelanjaan yang difikirkan sesuai untuk menyewa tempat tinggal sementara semasa menunggu rumah dibaik-pulih terhad kepada 10% daripada jumlah perlindungan.
c) Polis juga meliputi Tanggungan Awam ke atas harta benda pihak ketiga akibat kemalangan didalam kawasan rumah. Tanggungan Awam adalah meliputi kecederaan tubul badan pihak ketiga sahaja tertakluk kepada amaun pampasan tidak melebihi RM50,000;

POLISI KEDIAMAN BAGI PERTUKARAN LOT
Soalan: Adakah Peminjam diperlukan mengambil Polisi Kediaman yang baru, jika bertukar lot?.
Jawapan:
Ya, peminjam hendaklah mengambil Polisi Kediaman yang baru dan kos premiumnya dibayar oleh peminjam sendiri, atas harta di lot yang baru. Polisi atas harta dilot yang lama itu hendaklah dibatalkan.

PENGELUARAN BAYARAN KE ATAS PEMINJAM INGKAR
Soalan:
Peminjam telah meletak jawatan. Bayaran kepada Pemaju/Penjual baru sahaja 60%. Bolehkah Pemaju/Penjual terus menuntut bayaran daripada Bahagian Pinjaman Perumahan?
Jawapan:
Bayaran akan terus dikeluarkan selagi Seksyen Akaun BPPP belum merujuk kes kepada Unit Guaman BPPP.

PENGELUARAN BAYARAN KE ATAS PEMINJAM YANG TELAH DIBATALKAN
Soalan:
Peminjam telah membatalkan pinjamannya walhal bayaran kemajuan 60% dikeluarkan kepada Pemaju/Penjual. Harta telah digadai/assign kepada Kerajaan Malaysia. Bolehkah Pemaju/Penjual mengemukakan tuntutan bayaran selanjutnya kepada BPPP?. Jika tidak boleh, bagaimana dengan kedudukan harta itu?
Jawapan:
a) Pemaju/Penjual tidak boleh mengemukakan apa-apa tuntutan kerana Perjanjian Jual Pinjaman antara peminjam dengan Kerajaan telah batal. Sebaliknya Pemaju/Penjual hendaklah menuntut bayaran seterusnya daripada Peminjam berdasarkan kepada Perjanjian Jualbeli.
b) BPPP tidak akan menyerahkan Hakmilik kepada Peminjam selagi tidak ada surat daripada Pemaju/Penjual yang menyatakan Pemaju/Penjual bersetuju hakmilik/Assignment diserahkan kepada Peminjam.

PENGELUARAN BAYARAN MELIBATKAN GADAIAN/PENYERAHANHAK KEDUA
Soalan:
Bagaimana cara pengeluaran bayaran bagi peminjam yang mengambil gadaian kedua dari Bank atau Institusi Kewangan lain?
Jawapan:
Bahagian Pinjaman Perumahan akan hanya mengeluarkan bayaran setelah Pihak Pemegang Gadaian Kedua bersetuju akan mengeluarkan bayaran terlebih dahulu keseluruhan bahagiannya, apabila Pemaju menuntut bayaran kelak. Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan akan hanya mengeluarkan bayaran selepas Pemegang Gadaian Kedua selesai keluarkan bayaran 100%.

PENGELUARAN BAYARAN BAGI KES TEBUSAN
Soalan:
Bilakah Bahagian Pinjaman Perumahan akan mengeluarkan wang tebusan bagi pinjaman jenis 1 dan 5?

Jawapan:
Wang tebusan bagi pinjaman jenis 1 dan 5 akan hanya dikeluarkan setelah Bahagian Pinjaman Perumahan menandatangani Borang Gadaian/Assignment bagi Penerimaan Cagaran.


PENYATA BAKI HUTANG
Soalan: Berapa lamakah tempuh yang diambil untuk menyediakan penyata baki hutang ?.
Jawapan:
Dalam tempuh dua (2) minggu dari tarikh permohonan diterima. Walaubagaimanapun, permohonan penyata baki hutang untuk tujuan menjual harta atau refinance, peminjam dikehendaki memohon surat kebenaran menjual/mencagar harta terlebih dahulu dari Seksyen Pemulangan Harta (PPH) di Tingkat 13 Kanan, Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, sebelum memohon penyata baki hutang.

ARAHAN POTONGAN GAJI/PENCEN BAGI PINJAMAN KERJA UBAHSUAI
Soalan:
Bilakah bayaran balik pinjaman perumahan untuk kerja-kerja ubahsuai sepatutnya berkuatkuasa ?.

Jawapan:
Bayaran balik pinjaman perumahan melalui APG/APP/ABB untuk kerja-kerja ubahsuai akan berkuatkuasa pada bulan berikutnya selepas bayaran pertama untuk pinjaman tersebut dikeluarkan.Untuk maklumat lanjut mengenai perlaksanaan bayaran balik ini, sila rujuk kepada
Pindaan Perenggan 3(e) kepada pindaan no.1 kepada pekeliling perbendaharaan bil.10/94 dan bil.6/95.

PENYELESAIAN BAKI HUTANG
Soalan:
Berapa lamakah tempuh yang diambil oleh Seksyen Akaun untuk mengesahkan akaun seseorang itu telah diselesaikan sepenuhnya ?.

Jawapan:
a) Dalam tempuh satu (1) bulan dari tarikh bayaran penyelesaian penuh diterima.
b) Bagi kes bayaran balik melalui potongan gaji atau pencen bulanan, pengesahan hanya boleh diberi dalam tempuh tiga (3) bulan dari tarikh bayaran balik terakhir kerana remitan melalui potongan gaji/pencen hanya diterima dan dikemaskini oleh Bahagian Pinjaman Perumahan,Perbendaharaan selepas sebulan/dua bulan potongan gaji/pencen dibuat.


BAKIHUTANG PINJAMAN YANG TELAH DIBATALKAN
Soalan:
Jika peminjam membatalkan pinjamannya, adakah amaun yang perlu diselesaikan oleh peminjam adalah amaun yang dikeluarkan sahaja?.
Jawapan:
a) Sepatutnya apabila harta telah digadai,hutang peminjam kepada kerajaan adalah mengikut amaun pinjaman yang telah diluluskan,serta faedah. Ini kerana harta telah dipindahmilik kepada peminjam.
b) Walaubagaimanapun jika peminjam ingin menyelesaikan baki hutang pinjamannya mengikut amaun yang telah dikeluarkan sahaja, (serta faedah) ianya diterima, tetapi hakmilik tidak akan diserahkan kepada peminjam sehingga peminjam mengemukakan surat daripada pihak pemaju / penjual yang menyatakan :
tidak akan menuntut baki bayaran kemajuan selanjutnya
bersetuju hakmilik diserahkan kepada peminjam.
BAYARAN BALIK SECARA PERSENDIRIAN
Soalan:
Bagaimana caranya jika peminjam ingin membuat bayaran balik terus kepada Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan?.

Jawapan:
a) Bayaran balik hendaklah dibuat dalam bentuk Deraf Bank atau Kiriman Wang sahaja atas nama "AKAUN PINJAMAN PERUMAHAN, PERBENDAHARAAN MALAYSIA".Wang tunai atau cek persendirian atau cek syarikat tidak diterima.
b) Setiap bayaran yang dibuat hendaklah dinyatakan :
Nombor akaun pinjaman perumahan
Nombor kad pengenalan lama dan baru peminjam
Alamat yang lengkap
Nyatakan bayaran balik untuk bulan berapa
Jika bayaran balik untuk menjelaskan tunggakan, sila nyatakan bulan-bulan tunggakan yang hendak diselesaikan .
c) Bayaran balik boleh dibuat samada melaui pos atau datang sendiri ke Seksyen Akaun. Tingkat 12 kiri,Blok 8,Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, 50592 Kuala Lumpur.
d) Sila pastikan bayaran balik diterima oleh Bahagian Pinjaman Perumahan tidak lewat dari 07hb pada setiap bulan.


BAYARAN BALIK SEMASA CUTI TANPA GAJI/SEPARUH GAJI
Soalan:
Perlukah peminjam membuat bayaran balik ansuran bulanan pinjaman perumahan Perbendaharaan semasa peminjam cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji kerana belajar atau mengikut suami/isteri ke luar negara atau hal-hal persendirian ?. Jika ia, bagaimanakah caranya peminjam boleh membuat bayaran balik ansuran itu ke Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan?.
Jawapan:
Peminjam hendaklah terus membuat ansuran bulanan bayaran balik pinjamannya itu semasa Cuti Separuh/Tanpa Gaji. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Kiriman Pos atau Bank Draft sahaja, diatas nama `Akaun Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan' dan hendaklah sampai ke Seksyen Akaun BPPP tidak lewat daripada 7hb. tiap-tiap bulan. Kegagalan peminjam membayar ansuran bulanan itu akan mengakibatkan peminjam diklasifikasikan sebagai Peminjam Ingkar.

BAYARAN BALIK SELEPAS TAMAT PERKHIDMATAN (ANGGOTA TENTERA)
Soalan:
Bolehkah peminjam (Anggota Tentera) yang telah tamat perkhidmatan meneruskan bayaran balik pinjaman perumahannya secara ansuran seperti semasa beliau masih berkhidmat ?.
Jawapan:
Peminjam hendaklah terus membuat bayaran balik ansuran bulanan pinjamannya itu semasa cuti tanpa gaji atau separuh gaji. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Deraf Bank atau Kiriman Wang Pos sahaja,atas nama " AKAUN PINJAMAN PERUMAHAN, PERBENDAHARAAN MALAYSIA" tidak lewat dari 07hb. pada setiap bulan.Kegagalan peminjam membayar ansuran bulanan pinjamannya akan mengakibatkan peminjam diklasifikasikan sebagai peminjam ingkar.

BAYARAN BALIK PEMINJAM YANG BERSARA WAJIB/PILIHAN
Soalan:
Adakah peminjam yang bersara pilihan sendiri yang pencen bulanannya belum dibayar oleh Bahagian Pencen, JPA perlu membuat bayaran balik ansuran pinjamannya ?.
Jawapan:
Ya, pesara pilihan sendiri yang belum dibayar pencen bulanan hendaklah membayar sendiri ansuran bulanan pinjamannya terus ke Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Deraf Bank atau Kiriman Wang Pos atas nama "AKAUN PINJAMAN PERUMAHAN, PERBENDAHARAAN MALAYSIA" tidak lewat dari 07hb pada setiap bulan. Jika peminjam gagal membuat ansuran bulanan pinjamannya , peminjam akan diklasifikasikan sebagai peminjam ingkar.
Soalan:
Jika Ketua Jabatan lewat memaklumkan Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan bahawa peminjam telah bersara wajib/pilihan, adakah peminjam perlu menyelesaikan tunggakan bayaran balik pinjamannya ?.
Jawapan:
a) Sebaik-baiknya peminjam hendaklah menyelesaikan tunggakan bayaran balik tersebut sehinggalah Bahagian Pencen ,JPA mula melaksanakan Arahan Potongan Pencen. Ini adalah untuk mengelakkan apa-apa masalah dengan perlindungan gadaijanji jika sesuatu berlaku terhadap peminjam.
b) Sekiranya peminjam tidak menyelesaikan tunggakan-tunggakan tersebut,ianya akan diselesaikan apabila Bahagian Pinjaman Perumahan perbendaharaan mengeluarkan Arahan Potongan Pencen kelak dimana amaun yang tertunggak itu akan diselesaikan dengan melanjutkan tempuh APP itu bagi menampung tempuh yang tertunggak. Walaubagaimanapun perlulah diingatkan bahawa peminjam menanggung risiko jika tempuh lanjutan APP itu di luar tempuh perlindungan gadaijanji
Soalan:
Jika Bahagian Pencen, JPA tidak melaksanakan APP mengikut jadual yang ditetapkan atau Penyelesaian tunggakan yang tidak dipotong dari ganjaran seperti yang diarahkan dalam APP adakah peminjam (Pesara) perlu menyelesaikan sendiri amaun yang tertunggak ke Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan ?.
Jawapan:
a) Sebaik-baiknya peminjam hendaklah menyelesaikan sendiri amaun yang tidak dibuat potongan oleh Bahagian Pencen, JPA itu terus ke Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.
b) Sekiranya peminjam tidak menyelesaikannya, Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan akan meminta Bahagian Pencen , JPA menyelesaikan amaun yang tertunggak itu dengan melanjutkan tempuh APP bagi menampung tunggakan berkenaan.Walaubagaimanapun perlulah diingatkan bahawa peminjam menanggung risiko jika tempuh lanjutan APP itu adalah di luar tempuh perlindungan gadaijanji.

BAYARAN BALIK BAGI PEMINJAM YANG MEMILIH SKIM KWSP
Soalan:
Saya telah memilih Skim Mencarum KWSP dan tidak Skim Berpencen. Soalan saya:-
a) Bagaimana dengan kedudukan bayaran balik pinjaman perumahan saya selepas saya bersara apabila berumur 55 tahun kelak?.
b) Kalau saya bersara awal, bolehkah saya menguruskan bayaran balik bulanan seperti mana biasa?.
Jawapan:
a) Peminjam yang memilih skim KWSP dan telah bersara pada umur 55 tahun adalah dibenarkan untuk meneruskan ansuran bayaran balik bulanannya seperti biasa, iaitu dengan kadar 4%. Bayaran hendaklah dibuat terus ke Bahagian Pinjaman Perumahan,Perbendaharaan, dalam bentuk Deraf Bank atau Kiriman Wang Pos sahaja atas nama "AKAUN PINJAMAN PERUMAHAN, PERBENDAHARAAN MALAYSIA", tidak lewat dari 07hb. pada setiap bulan.
b) JPA telah memaklumkan bahawa peminjam yang memilih Skim KWSP selepas disahkan dalam jawatannya adalah tidak layak untuk menikmati kemudahan bersara pilihan. Dengan ini mana-mana peminjam yang memilih Skim KWSP selepas disahkan dalam jawatannya, jika meninggalkan perkhidmatan sebelum mencapai umur 55 tahun, adalah dianggap sebagai telah meletak jawatan. Notis tuntutan baki hutang secara sekaligus atas kadar pasaran mulai tarikh peminjam meninggalkan perkhidmatan akan dikeluarkan kepada peminjam. Jika peminjam gagal mematuhi notis tuntutan tersebut, tindakan undang -undang akan diambil.
MAKLUMAN PERSARAAN/TAMAT PERKHIDMATAN/LETAK JAWATAN/BUANG KERJA
Soalan:
Siapakah yang patut melapurkan kes peminjam yang bersara/tamat perkhidmatan/meletak jawatan/dibuang kerja kepada Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan ?.

Jawapan:
Ketua Jabatan perlu memaklumkan kepada Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan mana-mana peminjam yang telah atau akan bersara/tamat perkhidmatan/meletak jawatan/dibuang kerja dengan menggunakan borang seperti di :

a)
Lampiran I
Untuk peminjam-peminjam yang bersara wajib atau telah diluluskan persaraan pilihan sendiri atau bersara atas sebab kesihatan.
b)
Lampiran II
Untuk peminjam-pminjam yang telah meninggal dunia atau meletak jawatan atau tidak hadir bertugas atau dibuang kerja atau digantung kerja atau pesara KWSP atau tamat perkhidmatan (anggota tentera).
c)
Lampiran III
Untuk peminjam-peminjam yang memilih untuk menyertai sysrikat di bawah Skim Penswastaan/Pengkorperatan.
URUSAN PEMULANGAN HARTA
Soalan: Apa tindakan susulan yang perlu diambil oleh Peminjam setelah menerima Geran Tanah, Pendua Gadaian dan Borang Pelepasan Gadaian (16N) daripada BPPP?
Jawapan: Sebaik-baik sahaja menerima surat yang memulangkan Geran Tanah daripada BPPP, Peminjam hendaklah dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh surat itu mengemukakan permohonan pelepasan gadaian di Pejabat Tanah yang berkenaan dengan mengemukakan Geran Tanah, Pendua Gadaian dan Borang Pelepasan Gadaian (16N). Ini untuk memungkinkan Pejabat Tanah membatalkan gadaian kepada Kerajaan terhadap harta itu. Dengan ini harta akan menjadi milik Peminjam sepenuhnya. Permohonan yang dikemukakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Borang-borang Pelepasan Gadaian (16N) tidak akan dikenakan apa-apa bayaran oleh Pejabat Tanah.
Soalan: Bapa atau suami saya seorang peminjam Pinjaman Perumahan Perbendaharaan telah meninggal dunia. Bagaimanakah saya boleh dapatkan Geran Tanah/Hakmilik Strata bapa atau suami saya itu?
Jawapan:
a) Apabila Peminjam meninggal dunia, Pewaris terdekat dikehendaki segera mengemukakan kepada Seksyen Akaun BPPP, salinan fotostat Sijil Kematian Peminjam yang telah disahkan oleh Polis atau Hospital.
b) Sebaik sahaja menerima salinan Sijil Kematian Peminjam itu, tindakan akan diambil bagi menyelaraskan baki hutang Peminjam dengan amaun pampasan daripada Syarikat Insurans (sekiranya Peminjam dilindungi dengan Perlindungan Gadaijanji). Jika amaun pampasan dari Syarikat Insurans itu tidak mencukupi untuk menyelesaikan baki hutang Peminjam, adalah menjadi tanggungjawab pewaris untuk menyelesaikan tuntutan baki debit itu dalam tempoh yang ditetapkan, bagi menggelakkan harta dilelong.
c) Apabila Seksyen Akaun BPPP mengesahkan baki hutang Peminjam telah diselesaikan sepenuhnya, Seksyen PPH BPPP akan menghubungi Pewaris terdekat untuk mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-
i) Surat Perintah Pembahagian Harta, Ordinance (Pembahagian) Harta Pesaka Kecil, 1985 sekiranya harta bernilai kurang dari RM6000,000/-;ATAU
ii) Surat Perintah Mahkamah bagi harta bernilai sama ada kurang atau lebih dari RM600,000/- atau;
iii) Surat Kuasa Mentadbir Harta Pesaka (Letter Of Administration) yang dikeluarkan sama ada oleh Pejabat Tanah atau Mahkamah Tinggi atau;
iv) Surat Kuasa (Grant Of Probate) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi, jika melibatkan surat wasiat (bagi yang bukan beragama Islam sahaja)
d) Geran tanah/Hakmilik Strata/Surat Pelepasan Penyerahakan akan diserahkan kepada Pewaris atau Pejabat Amanah Raya Sdn. Bhd. atau Peguam yang dilantik oleh Pewaris setelah BPPP menerima salah satu daripada dokumen-dokumen di perenggan (c) diatas
e) Sebaik sahaja menerima Geran Tanah/Hakmilik Strata, pendua gadaian dan pelepasan gadaian, atau pelepasan Penyerahakan, tindakan susulan adalah seperti dijawapan kepada soalan 2.
Soalan: Bagaimana caranya seseorang Peminjam yang belum menyelesaikan baki hutang pinjaman PerumahanPerbendaharaan, boleh menjual harta itu?
Jawapan: Boleh dipertimbangkan dengan syarat:-
a) Peminjam hendaklah mengemukakan permohonan kebenaran menjual harta itu kepada Seksyen PPH, BPPP dengan menyatakan:-
i) Sebab-sebab mengapa peminjam perlu menjual harta itu;
ii) sama ada baki hutang akan dibuat secara tunai;
iii) bagaimana beliau akan menyelesaikan tempat tinggalnya setelah harta dijual?.
b) Harta telah digadaikan kepada Kerajaan atau Penyerahakan (Assignment) telah diselesaikan.
c) Bayaran kemajuan 100% telah dikeluarkan atas harta itu. Sekiranya bayaran kemajuan belum 100% dikeluarkan, sila kemukakan surat daripada Pemaju yang membenarkan harta dijual dan Pemaju tidak akan membuat tuntutan dari BPPP untuk baki bayaran kemajuan yang belum dikeluarkan.
d) Harta tidak boleh dijual kepada pewaris terdekat (suami, isteri, ibu, bapa, anak dan adik beradik) yang bercadang untuk menggunakan kemudahan Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan bagi membeli harta itu.
e) Peminjam yang dibenarkan menjual harta itu tidak layak memohon Pinjaman Perumahan Perbendaharaan seterusnya.
Soalan: Bolehkah seorang kakitangan memohon pinjaman Perumahan Perbendaharaan bagi membeli harta daripada peminjam yang belum lagi menyelesaikan baki hutang pinjaman perumahan Perbendaharaannya?
Jawapan: Permohonan jual harta secara kontra tidak dibenarkan kerana pengalaman di Bahagian ini menunjukkan bahawa kepentingan pembeli mahu pun penjual tidak terjamin khususnya apabila kematian berlaku ke atas salah satu pihak yang terlibat sebelum segala urusan jual beli harta berkenaan dapat disempurnakan.
Soalan: Bagi Kes Pinjaman Bersama, kepada siapakah hakmilik akan diserahkan setelah baki hutang diselesaikan?
Jawapan:
a) Jika hakmilik ada Pemegang Gadaian Kedua, hakmilik diserahkan kepada Pemegang Gadaian Kedua dan kedua-dua orang peminjam akan dimaklumkan sedemikian;
b) Jika tiada Pemegang Gadaian Kedua, Seksyen PPH akan bertanya kepada kedua-dua orang Peminjam Bersama itu kepada siapa Hakmilik itu harus diserahkan. Sehingga jawapan diterima, BPPP akan terus menyimpan hakmilik itu;
c) Jika Penyerahan Hakmilik itu melibatkan urusan undang-undang, maka hakmilik itu akan diserahkan mengikut perintah Mahkamah.
Soalan: Apakah tindakan susulan yang perlu diambil oleh peminjam setelah menerima dokumen :-
a) 'Release And Reassignment' (R&R);
b) 'Deed Of Assignment' (DOA);
c) 'Loan Agreement' (LA)
Jawapan:
a) Ini adalah kes dimana semasa pinjaman Peminjam diluluskan hakmilik berasingan/hakmilik strata bagi harta, belum ada dan sehingga bayaran balik pinjaman selesai, hakmilik itu masih belum lagi dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Jika hakmilik itu dikeluarkan sebelum bayaran balik pinjaman selesai, Pemegang Pertaruhan akan menghubungi Peminjam untuk urusan tukar hakmilik dan gadaian kepada Kerajaan.
b) Ketiga-tiga dokumen diatas akan dikemukakan kepada Peminjam setelah Peminjam menyelesaikan hutang pinjamannya, hakmilik masih belum lagi dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Apabila Peminjam menerima ketiga-tiga dokumen itu, Peminjam hendaklah:-
i) Menghubungi Pejabat Tanah berkenaan untuk mengetahui sama ada Geran Tanah/Hakmilik Strata bagi harta yang dibeli oleh Peminjam telah dikeluarkan;
ii) Sekiranya Geran Tanah/Hakmilik Strata telah dikeluarkan, Peminjam hendaklah menghubungi Pemegang Pertaruhan dan bawa ketiga-tiga dokumen tersebut kepada peguam bagi Pemegang Pertaruhan menguruskan urusan pindahmilik harta kepada Peminjam.
iii) Sekiranya Geran Tanah/Hakmilik Strata belum dikeluarkan oleh Pejabat Tanah, Peminjam dikehendaki menyimpan dengan selamat ketiga-tiga dokumen itu dan hendaklah menghubungi Pejabat Tanah/Pemegang Pertaruhan berkenaan dari masa ke semasa untuk mendapatkan kepastian bila Geran Tanah/Hakmilik Strata harta berkenaan akan dikeluarkan.

Soalan: Ibu saya telah mengambil Pinjaman Perumahan Perbendaharaan. Beliau telah meninggal dunia. Saya difahamkan akaun beliau ada berbaki kredit. Bagaimana saya boleh menuntut baki kredit itu.
Jawapan:
Jika Peminjam telah meninggal dunia dan akaunnya berbaki kredit, Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan akan memulangkan baki kredit itu mengikut tatacara seperti berikut:-
i) jika amaun baki kredit kurang daripada RM50.00 akan dibayar terus kepada balu/duda
ii) jika amaun baki kredit melebihi RM50.00 tetapi kurang daripada RM3,000.00 balu/duda dikehendaki mengisi dan memulangkan Surat Ganti Rugi (Indemnity Letter) bersama bukti statusnya sebagai balu/duda kepada Seksyen PPH, sebelum bayaran dibuat. Bukti status sebagai balu/duda yang boleh diterima ialah salinan fotostat Sijil Nikah atau Sijil Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh mana-mana Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
iii) Jika amaun baki kredit yang melebihi RM3,000.00 pewaris dikehendaki mengemukakan Surat Kuasa Mentadbir Harta Pesaka (Letter of Administration) kepada Seksyen PPH. Bayaran akan dikeluarkan kepada penama didalam Surat Kuasa itu.
Soalan: Peminjam telah menyelesaikan baki hutangnya. Bagaimana dengan kedudukan Polis Gadaijanjinya itu?
Jawapan: Selepas BPPP mengesahkan Peminjam telah menyelesaikan bayaran balik hutang pinjaman perumahannya dan hakmilik dikembalikan kepada Peminjam atau Pemegang Pertaruhan, mengikut mana yang berkenaan, Syarikat Insurans akan memulangkan Polisi Insurans Gadaijanji kepada Peminjam. Peminjam boleh memilih sama ada untuk meneruskan Polisi Gadaijanji itu sehingga tamat tempoh perlindungan ATAU memilih untuk menamatkan Polisi itu. Jika memilih untuk meneruskan polisi, peminjam layak mendapatkan pampasan mengikut jadual. Jika memilih untuk menamatkan Polisi, sila beritahu Syarikat Insurans berkenaan supaya Polisi dibatalkan dan Syarikat Insurans membayar CSV kepada Peminjam.

Sunday 16 December 2007

DOKUMEN-DOKUMEN UNTUK PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN


  1. Sediakan surat iringan dari ketua jabatan anda seperti contoh di sebelah :

  2. Salinan depan belakang KAD PENGENALAN *

  3. Salinan PENYATA SLIP GAJI *

  4. Salinan GERAN TANAH iaitu tapak untuk dibina rumah*

  5. Borang A yang telah siap di isi dengan 3 salinan seperti contoh di bawah :

* salinan yang perlu mendapat pengesahan dari KETUA JABATAN anda:


Contoh borang pinjaman perumahan perbendaharaan


KAEDAH PENGIRAAN PINJAMAN PERUMAHAN

  • Anda perlu menyemak baki pinjaman anda sebelum memohon pinjaman / click di ruang sebelah [APPLICATION STATUS] untuk 'SEMAK BAKI PINJAMAN' dengan masukkan no. akaun dan no. fail.


  • Buat kiraan kasar untuk menentukan bayaran balik / click di ruangan yang sama untuk 'PENGIRAAN BAYARAN BALIK PINJAMAN' bagi pinjaman pertama atau 'PINGIRAAN BAYARAN BALIK PINJAMAN KE-2' bagi pinjaman kali ke-2.

SENARAI KERJA-KERJA UBAHSUAI YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN UNTUK PINJAMAN PERUMAHAN

A. UBAHSUAI BAHAGIAN DALAMAN

1. Ubahsuai ruang tamu
- kabinet bawah tangga
- memecah dan mengganti lantai
- mengganti pintu /tingkap
- memasang plaster siling berbunga

2. Ubahsuai/tambahan bilik air
- memecah dan mengganti lantai/dinding
- shower
- tangki air
- bath tub
- mangkuk tandas
- pintu bilik air
- memasang pintu PVC
- singki air
- cermin muka
- penyangkut tuala
- bekas sabun

3. Ubahsuai /tambahan bilik tidur
- pasang siap almari bilik tidur
- memecah dinding dan mengubah kedudukan bilik tidur
- menambah loteng bilik
- mengganti pintu/tingkap

4. Ubahsuai dapur
- mengganti lantai/dinding
- kabinet pasang siap
- mengganti pintu/tingkap

5. Ubahsuai tangga

6. Membina tembuk /arch over antara ruang makan dan dapur


B. TAMBAHAN BANGUNAN

1. Membina bahagian hadapan rumah

2. Membina bahagian dapur

3. Membina garaj kereta (car porch)

4. Pembinaan pagar tembuk termasuk pasang siap tong sampah, loceng rumah dan peti surat

5. Retaining wall sahaja



C. PELBAGAI

1. Pemasangan paip air

2. Pemasangan sesaluran air

3. Pembentungan/sistem peparitan

4. Tambak/tambun tanah

5. Land scape termasuk menanam rumput

6. Pendawaian semula semua peralatan elektrik termasuk pemasangan punca, kebal, pembumian, alat pencegah/pengujian kilat khas dan alat pencegah keselamatan ( alarm system)
7. Mengilatkan lantai (grinding)

8. Mengecat keseluruhan rumah

9. Kertas dinding (wall-paper)

10. Meroboh bangunan

11. Pembersihan/pembuangan sisa-sisa bangunan


*Bagi Anggota Pentadbiran, ‘Guard House’ boleh dipertimbangkan jika layak

SENARAI KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH YANG TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN

1. Accessories
- alat penghawa dingin
- bekas/alas alat penghawa dingin ( tray for aircond)
- tampal dinding (plastering) selepas pemasangan alat penghawa dingin
- kipas angin
- lampu-lampu
- television
- peti sejuk
- komputer
- water heater
- solar dan pemasangan
- astro
- karpet (permaidani)
- dapur gas
- alat penyedut asap
- alat penyedut habuk
- alat perabut mudah alih seperti kerusi-meja, almari, katil dan sebagainya
- arial dan amplifier
- telefon
- menara tangki air di luar rumah
- bidai (langsir)

2. Soil Treatment
- Anti termite ( kerja-kerja mencegah dan menghapus anai-anai dan serangga )

3. Preliminaries
- menjamain keselamatan bangunan
- menjamin keselamatan pekerja-pekerja
- penyediaan pelan bangunan
- kos guaman
- penyelian pekerja

4. Kos Juru Perunding (Consultancy fees)
- penyeliaan dan penyelarasan kerja-kerja ubahsuai

Tuesday 6 November 2007

COMPANY PROFILE



HFYZ CONCEPT


(NS005092-U)





PROFAIL SYARIKAT





LOT A-16/1, TAMPIN SQUARE
73000 TAMPIN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
WEST MALAYSIA
MALAYSIA



TEL/FAX :


+606-4412695


H/P :


+6012-6723977


EMAIL :




WEBSITE :




PROJECT SLIDESHOW :




COMPANY BRIEF


  • HFYZ CONCEPT telah ditubuhkan pada 9 Mei 2005 dengan menumpukan kepada kerja-kerja REKA DAN BINA terutamanya yang melibatkan kelulusan dari PBT. Lebih menumpukan kepada kerja-kerja rekabentuk banglo sehinggalah kepada pembinaannya.
  • Diterajui oleh pengarah yang berlatarbelakang senibina serta disokong oleh pekerja mahir serta separuh mahir yang berpengalaman didalam bidang pembinaan masing-masing. Menguruskan hal-hal yang berkaitan kewangan pinjaman sebelum serta menguruskan pelaksanaan untuk pemilik kediaman samada dari pinjaman kerajaan maupun swasta.
  • Sentiasa menitikberatkan rekabentuk dan pembinaan yang berkualiti mengikut kepuasan pelanggan. Mutu kerja yang setanding, terkini serta profesional menyerlahkan setiap hasil kerja.

Monday 5 November 2007

COMPANY INFORMATION


Pengarah Urusan :

Mohd Hafiz Bin Noordin [LAM : G1608, PAM : AG/M231]

Nama /No. Syarikat :

HFYZ CONCEPT [NS005092-U]


Jenis Peniagaan :

Kontraktor Reka dan Bina bangunan, hiasan dalaman, lanskap dan kejuruteraan awam serta penyelengaraan dan pembekalan


Taraf Pemilikan :

Pemilik Tunggal [Bumiputera]


Pendaftaran :

PKK [Kelas E] : 0506 N 2005 0264

(I) 1,7a,7b

(II) 1,2a,5,7a,7b,8b

(III) 1,2e,3a,3b,3c,3d,4a, 5, 8

(IV) 2,7


CIDB (G1) : 0120060106-NS107681

B04, CE21


KEMENTERIAN KEWANGAN : 357-02052313

020101 [Perabut], 220801 [Hiasan Dalaman], 220802 [Bangunan], 220803 [Hiasan Jalan/Kawasan], 070200 [Cenderamata & Hadiah], 120300 [Peralatan Pertanian & Ternakan], 130300 [Kelengkapan / Kemudahan Awam], 140100 [ Bahan Binaan], 220401 [Mencuci Bangunan] & 220402 [Membersih Kawasan]


ORGANISATION CHART

PENGARAH URUSAN :

Mohd Hafiz Bin Noordin
B. Arch [Hons] UTM, LAM:G1608,PAM:AG/M231



PENGURUS PROJEK :

Amir Hamzah Bin Safiyuddin
B.Sc HBP [Hons] USM


PENGURUS PEMASARAN :

Anas Fadzli Bin Mohd. Yusof


PENYELIA BINAAN :

Mohd Ikmal Hijaz Bin Mokhtar


PENYELIA LANSKAP :

Nor Fendi Bin Ariffin

COMPLETED PROJECTS

Nama Projek :

  • Projek Penyelengaraan Infrastruktur Awam / Asas :Membaiki Bahagian Bangunan Dinding Rosak Di Sekolah Kebangsaan Nyatoh, Negeri Sembilan.

Kos Projek : RM 20,000.00


Nama Projek :

  • Membaiki dan memasang semula meja kaunter pejabat Sekolah Kebangsaan Puteri, Seremban.

Kos Projek : RM6,000.00


Nama Projek :

  • Cadangan membina tembok gabion dan yang berkaitan di Kampung Pasir / Sungai Linggi, Rahang, Seremban untuk Majlis Perbandaran Seremban.

Kos Projek : RM54,135.00


Nama Projek :

  • Cadangan membina bangunan-bangunan bas dan teksi di atas tanah Majlis Daerah Tampin, Di Pasir Besar, Gemas untuk Majlis Daerah Tampin.

Kos Projek : RM280,000.00


Nama Projek :

  • Kerja-kerja mengubahsuai dan penambahan tempat wuduk lelaki di Kedai Mara Tampin, Tampin Square untuk Mara cawangan Tampin.

Kos Projek : RM4940.00


Nama Projek :

  • Kerja-kerja membaiki, menganti dan mengubahsuai bilik wuduk dan bilik kaunseling sebelah Blok C, Tingkat 3, Sekolah Kebangsaan Puteri, Seremban.

Kos Projek : RM4,000.00


Nama Projek :

  • Cadangan Pengubahsuaian serta tambahan sebuah rumah teres setingkat yang sediada di atas lot 574, Jalan TTJ 1/11, Taman Tuanku Jaafar, Seremban untuk Puan Shamsiah Binti Pilus.

Kos Projek : RM75,000.00


Nama Projek :

  • Cadangan Pengubahsuaian serta tambahan sebuah rumah berkembar 2 tingkat yang sediada di atas lot no. 17, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan untuk Encik Azham Bin Mohd Noor

Kos Projek : RM350,000.00

Friday 5 October 2007

Syarikat Perumahan Negara



Thursday 4 October 2007

PKK_2007







PKK_B_2007


Monday 29 January 2007

LAM_2007


UNTUK KETERANGAN SMS kami dengan menaip: CONTOH BANGLO{space}NAMA ANDA{space}ALAMAT EMAIL ANDA ke-0126723977

LATEST PROJECT


Created with Admarket's flickrSLiDR.

STATISTIC

PHOTO GALLERY STATISTIC

Statr for Flickr daily graph