MOHONLAH PINJAMAN PERUMAHAN ANDA SEKARANG, KENAPA PERLU MENYEWA, SEKIRANYA ANDA LAYAK MEMILIKI KEDIAMAN DI ATAS TANAH SENDIRI, IKUTI KAEDAH SEPERTI YANG DITERANGKAN DIBAWAH. ATAU HUBUNGI KAMI UNTUK TEMUJANJI, KAMI BERSEDIA MENERANGKAN PAKEJ INI SECARA TERPERINCI TANPA SEBARANG KOS, TAHUKAH ANDA BAHAWA KESEMUANYA INI DIURUSKAN SECARA PERCUMA TANPA MENGELUARKAN SATU SEN PUN ......APA TUNGGU LAGI... EMAIL-KAN ALAMAT ANDA UNTUK TEMUJANJI

Saturday, 29 December 2007

BORANG-BORANG CAGARAN (GADAIAN/PENYERAHAN HAK)
Soalan:
Bilamana Borang-borang Cagaran(Gadaian/Penyerahanhak) boleh didapatkan dan dimana?
Jawapan:
a) Borang-borang Cagaran boleh didapati oleh Pemegang pertaruhan melalui Laman Web BPPP di alamat
http:bpp.treasury.gov.my/borang_cagar.php
b) Adalah menjadi tanggungjawab Pemegang Pertaruhan untuk mendapatkan Borang Cagaran di Laman Web BPPP di alamat http://bpp.treasury.gov.my/borang_cagar.php
Soalan:
Bila Borang-borang Cagaran (Gadaian/Penyerahanhak) yang telah dilengkapkan oleh Peminjam dan Pemegang Pertaruhan diserahkan kepada Seksyen Cagaran untuk diproses?
Jawapan:
a) Borang-borang Cagaran yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan Surat Setuju Terima Pinjaman (Lampiran 'E') yang telah dilengkapkan oleh Peminjam
.
b) Pegawai Seksyen Cagaran akan menandatangani Borang Cagaran itu sebagai penerimaan gadaian/penyerahanhak dan mengembalikannya semula kepada Pemegang Pertaruhan untuk didaftarkan di Pejabat Tanah bagi kes gadaian atau Mahkamah Tinggi bagi kes Penyerahanhak.

URUSAN YANG MELIBATKAN HAKMILIK
Soalan:
Adakah Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan membenarkan Peminjam memasukkan nama orang yang dikasihi di dalam Hakmilik atas dasar kasih sayang?
Jawapan:
Selagi bayaran balik hutang pinjaman perumahan belum diselesaikan sepenuhnya, Bahagian Pinjaman Perumahan tidak akan membenarkan kemasukan nama sesiapa pun, kerana ianya melibatkan implikasi perundangan dari segi gadaian.

Soalan:
Bolehkah Peminjam memohon supaya nama yang bukan Peminjam di dalam Hakmilik yang bukan merupakan Peminjam dikeluarkan?
Jawapan:
Peminjam boleh menggugurkan nama di dalam Hakmilik dengan syarat-syarat berikut:-
i) Peminjam hendaklah melantik Peguam sebagai Pemegang Pertaruhan bagi menguruskan pengeluaran nama yang berkenaan dari hakmilik
ii) Peminjam dan orang yang namanya hendak digugurkan itu telah pun menandatangani Borang 14A dihadapan Peguam atau Pentadbir Tanah dan salinannya yang diakui sah oleh Pemegang Pertaruhan dikemukakan ke BPPP.
iii) Pemegang Pertaruhan memberi Akujanji akan menguruskan semula gadaian harta tanpa nama yang digugurkan itu.
iv) Peminjam memberi Akujanji akan menanggung kos yang terlibat; dan
v) Kelulusan BPPP adalah tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri sekiranya terdapat sekatan kepentingan didalam Hakmilik.
Soalan:
Bolehkah peminjam mendapatkan kebenaran Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan bagi memohon untuk pecah lot atau cantum lot dan meminda syarat nyata tanah seperti berikut:-
i) memasukkan rizab Melayu;
ii) dari tiada kepada bangunan atau pertanian
iii) getah kepada kelapa sawit; dan
iv) apa-apa juga syarat lain

Jawapan:
Tidak dibenarkan selagi bayaran balik hutang pinjaman perumahan belum selesai kecuali bagi kes yang telah diwartakan atau atas perintah Mahkamah.
Soalan:
Bagaimana dan dimana saya boleh mendapatkan salinan hakmilik harta yang saya beli melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan?
Jawapan:
Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan tidak membekalkan salinan hakmilik kepada peminjam. Sebaliknya Tuan hendaklah memohon kepada Pejabat Tanah Daerah dimana harta berada bagi mendapatkan salinan Hakmilik. Pejabat Tanah akan mengenakan bayaran tertentu untuk tuan mendapatkan salinan hakmilik tersebut.
Soalan:
Benarkah Management Committee boleh menghalang Hakmilik Strata yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dari dipindahmilik kepada saya dan digadai kepada Kerajaan, jika saya tidak menjelaskan tunggakan bayaran yang dituntut oleh Management Committee seperti maintenance fees?
Jawapan:
Tindakan Management Committee itu teratur. Sebab itulah BPPP sentiasa mengingatkan Peminjam-peminjam yang membeli petak kediaman, supaya segera menjelaskan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Management Committee dari masa ke semasa/setiap bulan seperti maintenance fees, Cukai tanah dan sebagainya untuk menggelakkan kesukaran pemindahan hakmilik kepada nama peminjam, apabila Hakmilik Strata dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Hanya apabila nama peminjam dipindahmilik dalam Hakmilik Strata barulah peminjam menjadi Pemilik Berdaftar dan boleh dijadikan harta pusaka di kemudian hari nanti.

URUSAN PINDAHMILIK DAN GADAIAN
Soalan:
Mengapa saya dikehendaki membayar kepada Pemegang Pertaruhan setelah hampir 10 tahun saya menduduki rumah yang saya beli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan?
Jawapan:
a) Kes ini berlaku kerana tuan telah membeli harta secara Assignment, iaitu harta belum ada hakmilik strata/berasingan pada waktu itu. Kini hakmilik strata/berasingan telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Akan tetapi ianya adalah diatas nama Pemaju sebagai Pemilik asal. Oleh kerana harta itu telah dijual kepada tuan maka adalah perlu dipindahmilik kepada nama tuan dan seterusnya menggadaikan harta tersebut kepada Kerajaan Malaysia bagi menjamin kepentingan Kerajaan yang memberi pinjaman. Untuk melaksanakan tindakan pindahmilik dan gadaian tersebut maka tuan dikehendaki menjelaskan bayaran-bayaran yang perlu seperti yang diminta oleh Pemegang Pertaruhan.
b) Urusan pindahmilik dan gadaian ini perlu disempurnakan segera bagi menjamin kepentingan tuan dan keluarga tuan agar kesahihan tuan sebagai pemilik tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan untuk mengelakkan pinjaman tuan dibatalkan oleh BPPP.

TEMPOH PENGELUARAN BAYARAN
Soalan:
Berapa lama BPPP mengambil masa untuk mengeluarkan satu-satu bayaran kemajuan?

Jawapan:
Sekiranya tuntutan itu teratur, iaitu jika Sijil Arkitek merupakan salinan fotostat, ianya telah disahkan oleh Pemaju/Arkitek/Pemegang Pertaruhan, baucer bayaran akan disediakan dalam masa 7 hari-hari bekerja oleh Seksyen Bayaran. Selepas itu baucer dihantar ke Bilik Cek Seksyen Akaun dimana cek akan dikeluarkan dalam masa 5 hari, hari bekerja.
Soalan:
Adakah bayaran dikeluarkan hanya selepas urusan gadaian disempurnakan iaitu setelah harta dipindahmilik kepada Peminjam dan digadaikan kepada Kerajaan?
Jawapan:
Bayaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan sebaik-baik sahaja Pemegang Pertaruhan mengemukakan:-
i) Nombor Perserahan daripada Pejabat Tanah/Nombor Pendaftaran daripada Mahkamah;
ii) Salinan resit bayaran Pendaftaran Pejabat Tanah/Mahkamah yang disahkan oleh Pemegang Pertaruhan sendiri.

CEK BAYARAN
Soalan: Kepada siapakah cek bayaran dikeluarkan?
Jawapan:
Mulai 10/11/1998, Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan telah menetapkan semua cek yang diatas nama Pemegang Pertaruhan akan dihantar terus kepada Pemegang Pertaruhan. Salinan baucer akan dihantar kepada Peminjam dan Pemaju.

PENGELUARAN BAYARAN KEPADA PEMINJAM YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
Soalan:
Bagaimana dengan kedudukan bayaran kemajuan jika Peminjam yang meninggal dunia sebelum 100% bayaran dikeluarkan?
Jawapan:
Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan akan menggunakan wang pampasan yang akan diterima daripada Syarikat Insurans untuk membayar tuntutan sepenuhnya daripada Pemaju. Jika terdapat baki kredit, ianya akan dibayar kepada waris yang berhak.

TUNTUTAN PAMPASAN KEBAKARAN
Soalan:
Sila terangkan bagaimana Peminjam boleh menuntut Pampasan Perlindungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai?
Jawapan:
Prosedur tuntutan dan pembayaran Pampasan Perlidungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai adalh seperti berikut:-
1) Permohonan Tuntutan
Semua peminjam yang ingin mengemukakan permohonan tuntutan Pampasan Perlindungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai hendaklah dinasihatkan supaya berhubung terus dengan Unit Takaful di Tingkat 13, Blok 8, Jalan Duta, Kuala Lumpur, No. Telefon 03-6514831 atau 03-2582944 atau Ibu Pejabat Takaful Nasional, Aras 14, Bangunan Dato' Zainal, 23, Jalan Melaka, 50100 Kuala Lumpur, No. Telefon 03-2985000 atau mana-mana cawangan Takaful Nasional Sdn. Bhd. yang berhampiran.
2) Pembayaran Pampasan Perlindungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai
i. Jika amaun Pampasan itu berjumlah lebih daripada RM5,000 dan kurang, Takaful Nasional Sdn. Bhd. akan membuat bayaran terus kepada peminjam.
ii. Jika amaun Pampasan itu berjumlah lebih daripada RM5,000:-
a) Bayaran RM5,000 pertama akan dibayar terus oleh Takaful Nasional Sdn. Bhd., kepada peminjam dan
b) Baki amaun pampasan akan dibayar oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (BPPP) kepada peminjam
c) Tuntutan hendaklah dikemukakan mengikut format di Lampiran 1 tertakluk kepada :-
- Bilangan tuntutan keseluruhannya tidak melebihi 4 kali dan
- Tuntutan 20% terakhir hendaklah disahkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
d) Pembayaran akan dibuat di atas nama peminjam.


PREMIUM PERLINDUNGAN KEDIAMAN
Soalan:
Adakah peminjam yang telah dibayar pampasan di bawah Polisi Kediaman (Houseowner), diperlukan mengambil Polisi Kediaman yang baru?.
Jawapan:
Peminjam tidak perlu mengambil Polisi Kediaman yang baru. Akan tetapi peminjam adalah dinasihatkan supaya menokok tambah nilai premium Polisi Kediaman agar amaun pampasan yang akan datang adalah setanding dengan kos baik pulih.

TUNTUTAN DI BAWAH POLISI KEDIAMAN
Soalan: Apakah dia jenis-jenis kerosakan yang boleh dituntut di bawah Polisi Kediaman?
Jawapan:
a) Pada masa ini Syarikat Insurans membenarkan tuntutan dibuat atas kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh:-
i) Kebakaran, kilat, halilintar, kebakaran bawah tanah dan banjir;
ii) Kejatuhan objek dari udara
iii) Pelanggaran kenderaan bukan oleh Pemilik Polisi terhadap pagar dan pintu
iv) Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut
v) Pencerobohan secara kekerasan dan paksaan untuk tujuan mencuri dan atau seumpamanya;
b) Tuntutan boleh juga dibuat atas kerugian sewa atau perbelanjaan yang difikirkan sesuai untuk menyewa tempat tinggal sementara semasa menunggu rumah dibaik-pulih terhad kepada 10% daripada jumlah perlindungan.
c) Polis juga meliputi Tanggungan Awam ke atas harta benda pihak ketiga akibat kemalangan didalam kawasan rumah. Tanggungan Awam adalah meliputi kecederaan tubul badan pihak ketiga sahaja tertakluk kepada amaun pampasan tidak melebihi RM50,000;

POLISI KEDIAMAN BAGI PERTUKARAN LOT
Soalan: Adakah Peminjam diperlukan mengambil Polisi Kediaman yang baru, jika bertukar lot?.
Jawapan:
Ya, peminjam hendaklah mengambil Polisi Kediaman yang baru dan kos premiumnya dibayar oleh peminjam sendiri, atas harta di lot yang baru. Polisi atas harta dilot yang lama itu hendaklah dibatalkan.

PENGELUARAN BAYARAN KE ATAS PEMINJAM INGKAR
Soalan:
Peminjam telah meletak jawatan. Bayaran kepada Pemaju/Penjual baru sahaja 60%. Bolehkah Pemaju/Penjual terus menuntut bayaran daripada Bahagian Pinjaman Perumahan?
Jawapan:
Bayaran akan terus dikeluarkan selagi Seksyen Akaun BPPP belum merujuk kes kepada Unit Guaman BPPP.

PENGELUARAN BAYARAN KE ATAS PEMINJAM YANG TELAH DIBATALKAN
Soalan:
Peminjam telah membatalkan pinjamannya walhal bayaran kemajuan 60% dikeluarkan kepada Pemaju/Penjual. Harta telah digadai/assign kepada Kerajaan Malaysia. Bolehkah Pemaju/Penjual mengemukakan tuntutan bayaran selanjutnya kepada BPPP?. Jika tidak boleh, bagaimana dengan kedudukan harta itu?
Jawapan:
a) Pemaju/Penjual tidak boleh mengemukakan apa-apa tuntutan kerana Perjanjian Jual Pinjaman antara peminjam dengan Kerajaan telah batal. Sebaliknya Pemaju/Penjual hendaklah menuntut bayaran seterusnya daripada Peminjam berdasarkan kepada Perjanjian Jualbeli.
b) BPPP tidak akan menyerahkan Hakmilik kepada Peminjam selagi tidak ada surat daripada Pemaju/Penjual yang menyatakan Pemaju/Penjual bersetuju hakmilik/Assignment diserahkan kepada Peminjam.

PENGELUARAN BAYARAN MELIBATKAN GADAIAN/PENYERAHANHAK KEDUA
Soalan:
Bagaimana cara pengeluaran bayaran bagi peminjam yang mengambil gadaian kedua dari Bank atau Institusi Kewangan lain?
Jawapan:
Bahagian Pinjaman Perumahan akan hanya mengeluarkan bayaran setelah Pihak Pemegang Gadaian Kedua bersetuju akan mengeluarkan bayaran terlebih dahulu keseluruhan bahagiannya, apabila Pemaju menuntut bayaran kelak. Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan akan hanya mengeluarkan bayaran selepas Pemegang Gadaian Kedua selesai keluarkan bayaran 100%.

PENGELUARAN BAYARAN BAGI KES TEBUSAN
Soalan:
Bilakah Bahagian Pinjaman Perumahan akan mengeluarkan wang tebusan bagi pinjaman jenis 1 dan 5?

Jawapan:
Wang tebusan bagi pinjaman jenis 1 dan 5 akan hanya dikeluarkan setelah Bahagian Pinjaman Perumahan menandatangani Borang Gadaian/Assignment bagi Penerimaan Cagaran.


PENYATA BAKI HUTANG
Soalan: Berapa lamakah tempuh yang diambil untuk menyediakan penyata baki hutang ?.
Jawapan:
Dalam tempuh dua (2) minggu dari tarikh permohonan diterima. Walaubagaimanapun, permohonan penyata baki hutang untuk tujuan menjual harta atau refinance, peminjam dikehendaki memohon surat kebenaran menjual/mencagar harta terlebih dahulu dari Seksyen Pemulangan Harta (PPH) di Tingkat 13 Kanan, Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, sebelum memohon penyata baki hutang.

ARAHAN POTONGAN GAJI/PENCEN BAGI PINJAMAN KERJA UBAHSUAI
Soalan:
Bilakah bayaran balik pinjaman perumahan untuk kerja-kerja ubahsuai sepatutnya berkuatkuasa ?.

Jawapan:
Bayaran balik pinjaman perumahan melalui APG/APP/ABB untuk kerja-kerja ubahsuai akan berkuatkuasa pada bulan berikutnya selepas bayaran pertama untuk pinjaman tersebut dikeluarkan.Untuk maklumat lanjut mengenai perlaksanaan bayaran balik ini, sila rujuk kepada
Pindaan Perenggan 3(e) kepada pindaan no.1 kepada pekeliling perbendaharaan bil.10/94 dan bil.6/95.

PENYELESAIAN BAKI HUTANG
Soalan:
Berapa lamakah tempuh yang diambil oleh Seksyen Akaun untuk mengesahkan akaun seseorang itu telah diselesaikan sepenuhnya ?.

Jawapan:
a) Dalam tempuh satu (1) bulan dari tarikh bayaran penyelesaian penuh diterima.
b) Bagi kes bayaran balik melalui potongan gaji atau pencen bulanan, pengesahan hanya boleh diberi dalam tempuh tiga (3) bulan dari tarikh bayaran balik terakhir kerana remitan melalui potongan gaji/pencen hanya diterima dan dikemaskini oleh Bahagian Pinjaman Perumahan,Perbendaharaan selepas sebulan/dua bulan potongan gaji/pencen dibuat.


BAKIHUTANG PINJAMAN YANG TELAH DIBATALKAN
Soalan:
Jika peminjam membatalkan pinjamannya, adakah amaun yang perlu diselesaikan oleh peminjam adalah amaun yang dikeluarkan sahaja?.
Jawapan:
a) Sepatutnya apabila harta telah digadai,hutang peminjam kepada kerajaan adalah mengikut amaun pinjaman yang telah diluluskan,serta faedah. Ini kerana harta telah dipindahmilik kepada peminjam.
b) Walaubagaimanapun jika peminjam ingin menyelesaikan baki hutang pinjamannya mengikut amaun yang telah dikeluarkan sahaja, (serta faedah) ianya diterima, tetapi hakmilik tidak akan diserahkan kepada peminjam sehingga peminjam mengemukakan surat daripada pihak pemaju / penjual yang menyatakan :
tidak akan menuntut baki bayaran kemajuan selanjutnya
bersetuju hakmilik diserahkan kepada peminjam.
UNTUK KETERANGAN SMS kami dengan menaip: CONTOH BANGLO{space}NAMA ANDA{space}ALAMAT EMAIL ANDA ke-0126723977

LATEST PROJECT


Created with Admarket's flickrSLiDR.

STATISTIC

PHOTO GALLERY STATISTIC

Statr for Flickr daily graph