MOHONLAH PINJAMAN PERUMAHAN ANDA SEKARANG, KENAPA PERLU MENYEWA, SEKIRANYA ANDA LAYAK MEMILIKI KEDIAMAN DI ATAS TANAH SENDIRI, IKUTI KAEDAH SEPERTI YANG DITERANGKAN DIBAWAH. ATAU HUBUNGI KAMI UNTUK TEMUJANJI, KAMI BERSEDIA MENERANGKAN PAKEJ INI SECARA TERPERINCI TANPA SEBARANG KOS, TAHUKAH ANDA BAHAWA KESEMUANYA INI DIURUSKAN SECARA PERCUMA TANPA MENGELUARKAN SATU SEN PUN ......APA TUNGGU LAGI... EMAIL-KAN ALAMAT ANDA UNTUK TEMUJANJI

Saturday 29 December 2007

URUSAN PEMULANGAN HARTA
Soalan: Apa tindakan susulan yang perlu diambil oleh Peminjam setelah menerima Geran Tanah, Pendua Gadaian dan Borang Pelepasan Gadaian (16N) daripada BPPP?
Jawapan: Sebaik-baik sahaja menerima surat yang memulangkan Geran Tanah daripada BPPP, Peminjam hendaklah dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh surat itu mengemukakan permohonan pelepasan gadaian di Pejabat Tanah yang berkenaan dengan mengemukakan Geran Tanah, Pendua Gadaian dan Borang Pelepasan Gadaian (16N). Ini untuk memungkinkan Pejabat Tanah membatalkan gadaian kepada Kerajaan terhadap harta itu. Dengan ini harta akan menjadi milik Peminjam sepenuhnya. Permohonan yang dikemukakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Borang-borang Pelepasan Gadaian (16N) tidak akan dikenakan apa-apa bayaran oleh Pejabat Tanah.
Soalan: Bapa atau suami saya seorang peminjam Pinjaman Perumahan Perbendaharaan telah meninggal dunia. Bagaimanakah saya boleh dapatkan Geran Tanah/Hakmilik Strata bapa atau suami saya itu?
Jawapan:
a) Apabila Peminjam meninggal dunia, Pewaris terdekat dikehendaki segera mengemukakan kepada Seksyen Akaun BPPP, salinan fotostat Sijil Kematian Peminjam yang telah disahkan oleh Polis atau Hospital.
b) Sebaik sahaja menerima salinan Sijil Kematian Peminjam itu, tindakan akan diambil bagi menyelaraskan baki hutang Peminjam dengan amaun pampasan daripada Syarikat Insurans (sekiranya Peminjam dilindungi dengan Perlindungan Gadaijanji). Jika amaun pampasan dari Syarikat Insurans itu tidak mencukupi untuk menyelesaikan baki hutang Peminjam, adalah menjadi tanggungjawab pewaris untuk menyelesaikan tuntutan baki debit itu dalam tempoh yang ditetapkan, bagi menggelakkan harta dilelong.
c) Apabila Seksyen Akaun BPPP mengesahkan baki hutang Peminjam telah diselesaikan sepenuhnya, Seksyen PPH BPPP akan menghubungi Pewaris terdekat untuk mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-
i) Surat Perintah Pembahagian Harta, Ordinance (Pembahagian) Harta Pesaka Kecil, 1985 sekiranya harta bernilai kurang dari RM6000,000/-;ATAU
ii) Surat Perintah Mahkamah bagi harta bernilai sama ada kurang atau lebih dari RM600,000/- atau;
iii) Surat Kuasa Mentadbir Harta Pesaka (Letter Of Administration) yang dikeluarkan sama ada oleh Pejabat Tanah atau Mahkamah Tinggi atau;
iv) Surat Kuasa (Grant Of Probate) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi, jika melibatkan surat wasiat (bagi yang bukan beragama Islam sahaja)
d) Geran tanah/Hakmilik Strata/Surat Pelepasan Penyerahakan akan diserahkan kepada Pewaris atau Pejabat Amanah Raya Sdn. Bhd. atau Peguam yang dilantik oleh Pewaris setelah BPPP menerima salah satu daripada dokumen-dokumen di perenggan (c) diatas
e) Sebaik sahaja menerima Geran Tanah/Hakmilik Strata, pendua gadaian dan pelepasan gadaian, atau pelepasan Penyerahakan, tindakan susulan adalah seperti dijawapan kepada soalan 2.
Soalan: Bagaimana caranya seseorang Peminjam yang belum menyelesaikan baki hutang pinjaman PerumahanPerbendaharaan, boleh menjual harta itu?
Jawapan: Boleh dipertimbangkan dengan syarat:-
a) Peminjam hendaklah mengemukakan permohonan kebenaran menjual harta itu kepada Seksyen PPH, BPPP dengan menyatakan:-
i) Sebab-sebab mengapa peminjam perlu menjual harta itu;
ii) sama ada baki hutang akan dibuat secara tunai;
iii) bagaimana beliau akan menyelesaikan tempat tinggalnya setelah harta dijual?.
b) Harta telah digadaikan kepada Kerajaan atau Penyerahakan (Assignment) telah diselesaikan.
c) Bayaran kemajuan 100% telah dikeluarkan atas harta itu. Sekiranya bayaran kemajuan belum 100% dikeluarkan, sila kemukakan surat daripada Pemaju yang membenarkan harta dijual dan Pemaju tidak akan membuat tuntutan dari BPPP untuk baki bayaran kemajuan yang belum dikeluarkan.
d) Harta tidak boleh dijual kepada pewaris terdekat (suami, isteri, ibu, bapa, anak dan adik beradik) yang bercadang untuk menggunakan kemudahan Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan bagi membeli harta itu.
e) Peminjam yang dibenarkan menjual harta itu tidak layak memohon Pinjaman Perumahan Perbendaharaan seterusnya.
Soalan: Bolehkah seorang kakitangan memohon pinjaman Perumahan Perbendaharaan bagi membeli harta daripada peminjam yang belum lagi menyelesaikan baki hutang pinjaman perumahan Perbendaharaannya?
Jawapan: Permohonan jual harta secara kontra tidak dibenarkan kerana pengalaman di Bahagian ini menunjukkan bahawa kepentingan pembeli mahu pun penjual tidak terjamin khususnya apabila kematian berlaku ke atas salah satu pihak yang terlibat sebelum segala urusan jual beli harta berkenaan dapat disempurnakan.
Soalan: Bagi Kes Pinjaman Bersama, kepada siapakah hakmilik akan diserahkan setelah baki hutang diselesaikan?
Jawapan:
a) Jika hakmilik ada Pemegang Gadaian Kedua, hakmilik diserahkan kepada Pemegang Gadaian Kedua dan kedua-dua orang peminjam akan dimaklumkan sedemikian;
b) Jika tiada Pemegang Gadaian Kedua, Seksyen PPH akan bertanya kepada kedua-dua orang Peminjam Bersama itu kepada siapa Hakmilik itu harus diserahkan. Sehingga jawapan diterima, BPPP akan terus menyimpan hakmilik itu;
c) Jika Penyerahan Hakmilik itu melibatkan urusan undang-undang, maka hakmilik itu akan diserahkan mengikut perintah Mahkamah.
Soalan: Apakah tindakan susulan yang perlu diambil oleh peminjam setelah menerima dokumen :-
a) 'Release And Reassignment' (R&R);
b) 'Deed Of Assignment' (DOA);
c) 'Loan Agreement' (LA)
Jawapan:
a) Ini adalah kes dimana semasa pinjaman Peminjam diluluskan hakmilik berasingan/hakmilik strata bagi harta, belum ada dan sehingga bayaran balik pinjaman selesai, hakmilik itu masih belum lagi dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Jika hakmilik itu dikeluarkan sebelum bayaran balik pinjaman selesai, Pemegang Pertaruhan akan menghubungi Peminjam untuk urusan tukar hakmilik dan gadaian kepada Kerajaan.
b) Ketiga-tiga dokumen diatas akan dikemukakan kepada Peminjam setelah Peminjam menyelesaikan hutang pinjamannya, hakmilik masih belum lagi dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Apabila Peminjam menerima ketiga-tiga dokumen itu, Peminjam hendaklah:-
i) Menghubungi Pejabat Tanah berkenaan untuk mengetahui sama ada Geran Tanah/Hakmilik Strata bagi harta yang dibeli oleh Peminjam telah dikeluarkan;
ii) Sekiranya Geran Tanah/Hakmilik Strata telah dikeluarkan, Peminjam hendaklah menghubungi Pemegang Pertaruhan dan bawa ketiga-tiga dokumen tersebut kepada peguam bagi Pemegang Pertaruhan menguruskan urusan pindahmilik harta kepada Peminjam.
iii) Sekiranya Geran Tanah/Hakmilik Strata belum dikeluarkan oleh Pejabat Tanah, Peminjam dikehendaki menyimpan dengan selamat ketiga-tiga dokumen itu dan hendaklah menghubungi Pejabat Tanah/Pemegang Pertaruhan berkenaan dari masa ke semasa untuk mendapatkan kepastian bila Geran Tanah/Hakmilik Strata harta berkenaan akan dikeluarkan.

Soalan: Ibu saya telah mengambil Pinjaman Perumahan Perbendaharaan. Beliau telah meninggal dunia. Saya difahamkan akaun beliau ada berbaki kredit. Bagaimana saya boleh menuntut baki kredit itu.
Jawapan:
Jika Peminjam telah meninggal dunia dan akaunnya berbaki kredit, Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan akan memulangkan baki kredit itu mengikut tatacara seperti berikut:-
i) jika amaun baki kredit kurang daripada RM50.00 akan dibayar terus kepada balu/duda
ii) jika amaun baki kredit melebihi RM50.00 tetapi kurang daripada RM3,000.00 balu/duda dikehendaki mengisi dan memulangkan Surat Ganti Rugi (Indemnity Letter) bersama bukti statusnya sebagai balu/duda kepada Seksyen PPH, sebelum bayaran dibuat. Bukti status sebagai balu/duda yang boleh diterima ialah salinan fotostat Sijil Nikah atau Sijil Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh mana-mana Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
iii) Jika amaun baki kredit yang melebihi RM3,000.00 pewaris dikehendaki mengemukakan Surat Kuasa Mentadbir Harta Pesaka (Letter of Administration) kepada Seksyen PPH. Bayaran akan dikeluarkan kepada penama didalam Surat Kuasa itu.
Soalan: Peminjam telah menyelesaikan baki hutangnya. Bagaimana dengan kedudukan Polis Gadaijanjinya itu?
Jawapan: Selepas BPPP mengesahkan Peminjam telah menyelesaikan bayaran balik hutang pinjaman perumahannya dan hakmilik dikembalikan kepada Peminjam atau Pemegang Pertaruhan, mengikut mana yang berkenaan, Syarikat Insurans akan memulangkan Polisi Insurans Gadaijanji kepada Peminjam. Peminjam boleh memilih sama ada untuk meneruskan Polisi Gadaijanji itu sehingga tamat tempoh perlindungan ATAU memilih untuk menamatkan Polisi itu. Jika memilih untuk meneruskan polisi, peminjam layak mendapatkan pampasan mengikut jadual. Jika memilih untuk menamatkan Polisi, sila beritahu Syarikat Insurans berkenaan supaya Polisi dibatalkan dan Syarikat Insurans membayar CSV kepada Peminjam.
UNTUK KETERANGAN SMS kami dengan menaip: CONTOH BANGLO{space}NAMA ANDA{space}ALAMAT EMAIL ANDA ke-0126723977

LATEST PROJECT


Created with Admarket's flickrSLiDR.

STATISTIC

PHOTO GALLERY STATISTIC

Statr for Flickr daily graph