JENIS VII (KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH)
Permohonan kerja-kerja ubah suai rumah hanya dibenarkan kepada peminjam/penerima biaya ke atas pembelian harta pertama dan tiada tunggakan bayaran balik SPP/SPPI.
SPP/SPPI secara bersama tidak dibenarkan memohon ubahsuai rumah secara berasingan dan hendaklah dibuat secara serentak jika kedua-dua peminjam/penerima biaya ingin memohon ubahsuai rumah.
Amaun SPP/SPPI yang boleh dipohon adalah baki kelayakan semasa dengan amaun yang telah diambil atas pembelian harta pertama tidak termasuk insurans/takaful.
Borang permohonan hendaklah dikemukakan selepas lima (5) tahun daripada tarikh surat kelulusan bagi Jenis I dan V, manakala Jenis II dan III, lima (5) tahun daripada tarikh pengeluaran baucer bayaran 95% atau 100%.
Kos nilaian kerja-kerja ubah suai perlu mendapat penilaian oleh JPPH.
Kemudahan ini juga dibenarkan kepada peminjam/penerima biaya yang telah selesai hutang SPP/SPPI.
Permohonan kerja-kerja ubah suai rumah dibenarkan sekali sahaja dan tidak layak memohon SPP/SPPI bagi pembelian harta kedua.
Jika Hak Milik dicagarkan kepada bank/institusi kewangan selain daripada Kerajaan, kebenaran menanguhkan gadaian daripada bank/institusi kewangan berkenaan hendaklah diperoleh terlebih dahulu oleh peminjam/penerima biaya.
Kerja-kerja ubah suai rumah hanya dibenarkan setelah harta digadai kepada BPP jika Hak Milik Individu/Strata telah dikeluarkan bagi kes penyerahan hak.
Kerja-kerja ubah suai hanya boleh dimulakan setelah mendapat surat kelulusan
Tuesday, 1 July 2008
Monday, 30 June 2008
SYARAT-SYARAT PINJAMAN PERUMAHAN HARTA KEDUA
Melalui Pindaan No.5, kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil.6/95, yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2006, hanya Anggota Kerajaan yang telah menyelesaikan keseluruhan baki hutang pinjaman pertama dibenarkan mengambil pembiayaan/pinjaman perumahan untuk membeli harta kedua bagi semua jenis pinjaman perumahan Perbendaharaan (Jenis I, II,III, IV & V) tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :
a. Penerima Biaya/Peminjam yang memilih pembiayaan/pinjaman untuk kerja-kerja Ubahsuai rumah tidak layak menikmati kemudahan pembiayaan/pinjaman perumahan harta kedua dan sebaliknya
b. Amaun pembiayaan/pinjaman harta kedua adalah perbezaan di antara separuh dari baki kelayakan semasa dengan amaun yang telah diambil atas pembelian harta pertama (tidak termasuk premium insuran gadaijanji/takaful gadaijanji dan premium insuran pemilik rumah kediaman/kebakaran) tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% daripada anggaran pencen yang akan diterima.
c. Tempoh maksima bayaran balik pembiayaan/pinjaman adalah 20 tahun (240 bulan) bagi Penerima Biaya/Peminjam yang berpencen. Bagi Penerima Biaya/Peminjam yang mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tempoh bayaran balik adalah sehingga umur persaraan wajib.
d. Kadar bayaran balik pembiayaan/pinjaman adalah 4% setahun.
e. Penerima Biaya/Peminjam diwajibkan mengambil insuran gadaijanji/takaful gadaijanji serta insuran pemilik rumah kediaman/kebakaran yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan/Pinjaman.
f. Bayaran wang proses adalah RM2.00 bagi setiap RM1,000 pembiayaan/pinjaman yang dipohon tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang hampir (RM500 dan ke atas dikenakan tambahan RM2.00).
g. Bagi penerima Biaya/Peminjam yang telah diluluskan pembiayaan/peminjam harta kedua berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 12 Tahun 2002 bertarikh 1 September 2002 di mana bayaran balik 50% daripada ganjaran telah dikenakan pada tarikh persaraan, Penerima Biaya/Peminjam dibenarkan untuk mengemukakan permohonan supaya amaun bayaran balik bulanan dikira semula mengikut baki tempoh pinjaman.
h. Bagi pinjaman jenis IV (pembelian tanah untuk tujuan mendirikan rumah di atasnya) kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan maksima semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 10 tahun atau separuh dari baki tempoh perkhidmatan bagi pencarum KWSP.
i. Bagi peminjam yang memilih persaraan pilihan sendiri, jumlah keseluruhan ansuran bayaran balik untuk tempoh sehingga bayaran pencen dikuatkuasakan ditolak dari ganjarannya (pesara wanita sehingga umur 45 tahun) dan (pesara lelaki sehingga 50 tahun).
j. Permohonan hendaklah sampai ke BPP tidak lewat dari 6 bulan sebelum dari tarikh persaraan bagi peminjam yang berpencen sahaja.
k. Borang Setuju Terima pinjaman hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan kepada BPP dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan pinjaman dikeluarkan. Sekiranya borang tersebut tidak diterima dalam tempoh yang telah ditetapkan, kelulusan pinjaman perumahan tersebut akan ditarik balik secara otomatik.
l. Syarat-syarat dan peraturan lain seperti mana yang terkandung di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil. 6/95 masing-masing dan pindaan-pindaan kepada kedua-duanya adalah tidak berubah dan masih berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

Subscribe to:
Posts (Atom)