MOHONLAH PINJAMAN PERUMAHAN ANDA SEKARANG, KENAPA PERLU MENYEWA, SEKIRANYA ANDA LAYAK MEMILIKI KEDIAMAN DI ATAS TANAH SENDIRI, IKUTI KAEDAH SEPERTI YANG DITERANGKAN DIBAWAH. ATAU HUBUNGI KAMI UNTUK TEMUJANJI, KAMI BERSEDIA MENERANGKAN PAKEJ INI SECARA TERPERINCI TANPA SEBARANG KOS, TAHUKAH ANDA BAHAWA KESEMUANYA INI DIURUSKAN SECARA PERCUMA TANPA MENGELUARKAN SATU SEN PUN ......APA TUNGGU LAGI... EMAIL-KAN ALAMAT ANDA UNTUK TEMUJANJI

Monday, 30 June 2008

SYARAT-SYARAT PINJAMAN PERUMAHAN HARTA KEDUA

Melalui Pindaan No.5, kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil.6/95, yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2006, hanya Anggota Kerajaan yang telah menyelesaikan keseluruhan baki hutang pinjaman pertama dibenarkan mengambil pembiayaan/pinjaman perumahan untuk membeli harta kedua bagi semua jenis pinjaman perumahan Perbendaharaan (Jenis I, II,III, IV & V) tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :

a. Penerima Biaya/Peminjam yang memilih pembiayaan/pinjaman untuk kerja-kerja Ubahsuai rumah tidak layak menikmati kemudahan pembiayaan/pinjaman perumahan harta kedua dan sebaliknya


b. Amaun pembiayaan/pinjaman harta kedua adalah perbezaan di antara separuh dari baki kelayakan semasa dengan amaun yang telah diambil atas pembelian harta pertama (tidak termasuk premium insuran gadaijanji/takaful gadaijanji dan premium insuran pemilik rumah kediaman/kebakaran) tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% daripada anggaran pencen yang akan diterima.


c. Tempoh maksima bayaran balik pembiayaan/pinjaman adalah 20 tahun (240 bulan) bagi Penerima Biaya/Peminjam yang berpencen. Bagi Penerima Biaya/Peminjam yang mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tempoh bayaran balik adalah sehingga umur persaraan wajib.


d. Kadar bayaran balik pembiayaan/pinjaman adalah 4% setahun.


e. Penerima Biaya/Peminjam diwajibkan mengambil insuran gadaijanji/takaful gadaijanji serta insuran pemilik rumah kediaman/kebakaran yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan/Pinjaman.


f. Bayaran wang proses adalah RM2.00 bagi setiap RM1,000 pembiayaan/pinjaman yang dipohon tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang hampir (RM500 dan ke atas dikenakan tambahan RM2.00).


g. Bagi penerima Biaya/Peminjam yang telah diluluskan pembiayaan/peminjam harta kedua berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 12 Tahun 2002 bertarikh 1 September 2002 di mana bayaran balik 50% daripada ganjaran telah dikenakan pada tarikh persaraan, Penerima Biaya/Peminjam dibenarkan untuk mengemukakan permohonan supaya amaun bayaran balik bulanan dikira semula mengikut baki tempoh pinjaman.


h. Bagi pinjaman jenis IV (pembelian tanah untuk tujuan mendirikan rumah di atasnya) kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan maksima semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 10 tahun atau separuh dari baki tempoh perkhidmatan bagi pencarum KWSP.


i. Bagi peminjam yang memilih persaraan pilihan sendiri, jumlah keseluruhan ansuran bayaran balik untuk tempoh sehingga bayaran pencen dikuatkuasakan ditolak dari ganjarannya (pesara wanita sehingga umur 45 tahun) dan (pesara lelaki sehingga 50 tahun).


j. Permohonan hendaklah sampai ke BPP tidak lewat dari 6 bulan sebelum dari tarikh persaraan bagi peminjam yang berpencen sahaja.


k. Borang Setuju Terima pinjaman hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan kepada BPP dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan pinjaman dikeluarkan. Sekiranya borang tersebut tidak diterima dalam tempoh yang telah ditetapkan, kelulusan pinjaman perumahan tersebut akan ditarik balik secara otomatik.


l. Syarat-syarat dan peraturan lain seperti mana yang terkandung di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil. 6/95 masing-masing dan pindaan-pindaan kepada kedua-duanya adalah tidak berubah dan masih berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
UNTUK KETERANGAN SMS kami dengan menaip: CONTOH BANGLO{space}NAMA ANDA{space}ALAMAT EMAIL ANDA ke-0126723977

LATEST PROJECT


Created with Admarket's flickrSLiDR.

STATISTIC

PHOTO GALLERY STATISTIC

Statr for Flickr daily graph